`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 5, 2020

Berita Perasmian Tandas, Kebencian Kaum dsbnya

Yang berikut adalah sedikit berita tempatan dan gambar grafik yang saya terima melalui WhatsApp.


1. Atas : Walhal ADUN Meru (PAS) telah rasmikan sebuah tandas di tanah perkuburan Hindu. Syabas dan tahniah atas pembinaan tandas dan perasmiannya oleh ADUN Meru. Semoga PAS akan membimbing semua lapisan masyarakat (Hindu, Melayu, Cina, Orang Asli, Islam, bukan Islam dsbnya) merasmikan pembinaan dan pencapaian ekonomi yang lebih besar dan lebih maju. Isnya Allah.


2. Bawah : Bahagian atas gambar ini menunjukkan bangsa kulit putih di Amerika Syarikat menunjukkan kebencian mereka terhadap bangsa kulit hitam. Gambar ini dirakamkan pada awal tahun 1960an ketika undang-undang Civil Liberties sedang digubal oleh Congress di Amerika Syarikat untuk mengharamkan sebarang jenis racism atau dasar perkauman di Amerika Syarikat. 

Hasil daripada penggubalan undang-undang Civil Liberties seperti itu maka hampir 50 tahun kemudian (pada tahun 2010) Barack Obama berjaya menjadi presiden kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat.  

Maksudnya dalam tempoh 50 tahun majoriti daripada bangsa kulit putih di Amerika Syarikat sudah pun maju ke hadapan - menjadi lebih advanced dalam pembangunan insaniah-sosial mereka dan boleh melupakan kebencian kaum atau racism sehingga mereka sanggup memilih seorang bangsa kulit hitam Barack Obama menjadi presiden Amerika.




3.  Bahagian bawah gambar itu pula menunjukkan penuntut Melayu di UITM Melaka  membantah cadangan penuntut bukan bumiputera dibenarkan masuk belajar di UITM. Gambar ini dirakamkan sekitar 2018. 

Dua tajuk berita (tahun 2018) yang berikut juga merakamkan prejudis perkauman yang masih menebal di kalangan orang Melayu. 



Maksudnya selewat 2018 (dan juga hingga hari ini 2020) majority orang Melayu masih merasa curiga dan kurang senang dengan bangsa lain. 

Antara sebab utama bagi pemisah "antara - bangsa" ini adalah status ekonomi orang Melayu. Atau pun jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan kaum lain. 

Maka di situ juga terletak penyelesaian bagi masalah ini - taraf ekonomi orang Melayu mesti ditingkatkan. Yesterday.

Tetapi malang sekali majoriti orang Melayu memilih atau melantik tikus untuk membaiki labu. 

Ahli politik yang tidak pedulikan kebajikan rakyat marhaen.
Ahli politik yang lebih gian menelan wang rakyat, harta kerajaan (rakyat), anak dara, janda, wanita, rumah besar dan kereta mewah daripada pedulikan kebajikan rakyat marhaen. 
Kaum lebai yang tidak pedulikan kebajikan rakyat marhaen.
Kaum lebai yang lebih gian menelan wang rakyat, harta kerajaan (rakyat), anak dara, janda, wanita, rumah besar dan kereta mewah daripada pedulikan kebajikan rakyat marhaen. 
Pemimpin kerajaan yang tidak faham ekonomi, bisnes atau kewangan diberi tanggungjawab majukan ekonomi Melayu. Tikus membaiki labu.

1 comment:

  1. Funny, Why would any non-bumi want to enrol into UITM? HHEHEHEHE lawak tuu kan?

    As for Tikus membaiki Labu what can I say? Dah takdir Seronok suka kena sepak terajang oleh sang tikus, siap mengucap Terima Kasih pulak tu hahahaha.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.