`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 15, 2020

Budak trauma diperkosa bapa saudara

a person sitting on a bed: GAMBAR hiasan.© Provided by Harian Metro GAMBAR hiasan.am@hmetro.com.my
Amaran: Artikel ini mengandungi maklumat mengenai dakwaan serangan dan/atau keganasan seksual, yang mungkin menganggu perasaan pembaca.
KANAK-KANAK perempuan berusia lapan tahun melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol remaja lelaki berusia 15 tahun dipercayai bapa saudaranya sendiri.
Kejadian dipercayai berlaku Sabtu lalu ketika mangsa ditinggalkan bersama suspek di rumahnya di kawasan perumahan di Alor Setar.
Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran petang semalam.
Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menjalani pemeriksaan.
Difahamkan kanak-kanak itu kini dalam keadaan trauma disebabkan kejadian itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, susulan daripada laporan dibuat ibu mangsa, suspek kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (a) Kanun Keseksaan kerana merogol.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.