`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 15, 2020

Syed Saddiq gotong-royong, kasut pula jadi perhatian

Sebilangan warga maya terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memakai kasut berjenama ketika program gotong-royong. — Foto ihsan Twitter/Luqman Long© Provided by Projek MM Sebilangan warga maya terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memakai kasut berjenama ketika program gotong-royong. — Foto ihsan Twitter/Luqman Long
KUALA LUMPUR, 15 Jun — Tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memakai kasut sukan berjenama dalam satu programme gotong-royong mendapat perhatian orang ramai di media sosial.
Rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Syed Saddiq memakai barangan berjenama untuk programme sedemikian apatah lagi terdapat kesan cat pada kasut itu.
“Dia (Syed Saddiq) pergi cat rumah, ketuk atap, tebas pokok pakai (kasut) Cortez. Geram betul aku dengan @SyedSaddiq,” kata Luqman Long di Twitter sambil memuat naik dua foto pemimpin muda itu.

Dia pergi cat rumah, ketuk atap, tebas pokok pakai Cortez. Geram betul aku dengan @SyedSaddiq 😑😑
View image on TwitterView image on Twitter
4,949 people are talking about this

Bagaimanapun, terdapat individu tampil mempertahankan tindakan Syed Saddiq yang disifatkan sebagai bukan suatu yang janggal.
Chek Mad berkata, kasut tersebut tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan pemimpin lain yang mengenakan barangan jauh lebih mewah.
“Kasut ni tak mahal, dalam lingkungan (harga) mampu milik. Sekurang-kurangnya berganda murah dari selipar LV dan kasut Gucci Tan Sri Annuar Musa buat pakai kat rumah dan pergi pasar pagi,” katanya.
Setakat ini, hantaran Luqman mendapat lebih 15,600 tanda ‘suka’ selain dikongsi lebih 5,200 kali.
Apa yang menarik, terdapat individu yang mengambil kesempatan dengan mempromosikan jualan kasut seperti dipakai Syed Saddiq serendah RM200 di Twitter.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.