`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 8, 2020

Jawatan utama agensi kerajaan perlu diisi penjawat awam, bukan lantikan politik, kata Cuepacs

Adnan Mat berkata, Cuepacs mengambil sikap berkecuali dan tidak terpalit dengan mana-mana permainan politik, termasuk isu pelantikan jawatan dalam pentadbiran kerajaan.
PETALING JAYA: Jawatan utama dalam agensi kerajaan perlu diisi penjawat awam, bukannya pelantikan politik demi memastikan tindakan yang diambil tidak berat sebelah, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat.
“Semasa peralihan kerajaan berlaku sebelum ini, Cuepacs telah mencadangkan kerajaan supaya melantik anggota perkhidmatan awam bagi mengisi kekosongan jawatan tertinggi dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara ketika itu.
“Ini kerana dari segi kebolehan dan kewibawaan sudah terbukti anggota perkhidmatan awam sememangnya layak berdasarkan pengalaman dan latar belakang pendidikan mereka.
“Tambahan pula penjawat awam sentiasa mengamalkan sikap berkecuali dan neutral ketika menjalankan tugas demi rakyat dan negara,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada usaha untuk menggantikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dengan seorang ahli politik.
Bekas perdana menteri itu berkata, tindak balas kerajaan terhadap ancaman pandemik Covid-19 sekarang berkesan kerana usaha itu diterajui seorang profesional.
Adnan berkata, Cuepacs mengambil sikap berkecuali dan tidak terpalit dengan mana-mana permainan politik, termasuk isu pelantikan jawatan dalam pentadbiran kerajaan.
Katanya, penjelasan itu dibuat secara umum dan tidak merujuk secara khusus kepada dakwaan Mahathir.
“Cuepacs dan penjawat awam tidak mahu dan tidak sewajarnya tersepit dalam mana-mana permainan politik kerana mantera yang dipegang penjawat awam adalah ‘Berkhidmat untuk negara’. Ia mengatasi segala-galanya.
“Hari ini, seluruh warga perkhidmatan awam masih memberi fokus dalam mengawal penularan Covid-19 terutama petugas barisan depan.
“Dalam masa sama, komitmen setiap penjawat awam adalah membantu kerajaan memulihkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan lebih cemerlang. Sewajarnya semua pihak turut bersama dalam memberikan kerjasama kepada penjawat awam.”
Mengulas tempoh pelantikan seseorang penjawat awam, Adnan berkata, ia dibuat mengikut Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan, termasuk konsep memegang jawatan selama dipersetujui Agong.
“Setiap penjawat awam memegang jawatan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong, tetapi di dalam pelaksanaan sebenar, kecuali sesiapa yang memegang jawatan politik atau kontrak.
“Penjawat awam menikmati jawatan tetap yang dijamin serta pendapatan yang stabil dan dijamin.” - FMT

3 comments:

  1. Cuepacs ni masa ph jd kerajaan jd bisu ke sekejap? Hampas...

    ReplyDelete
  2. Zaman PH
    1. Ketua Pesuruhjaya SPRM - Lateefah Koya (PKR)
    2. AG - Tommy Thomas (Peguam peribadi LGE (DAP)
    3. Pengarah Jabatan Air Sabah - Warisan (padahal post ni wajib penjawat awam.

    ReplyDelete
  3. Sapa penjawat awam ni, presiden CUEPACS pun blm tentu neutral dalam tindakan nya, ada juga penjawat dalam diam2 menyokong parti politik, macam ahli seumur hidup senyap

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.