`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 18, 2020

Perintah berkurung Esszone lanjut hingga 4 Julai

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan 7 daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir 6.00 petang esok dilanjutkan sehingga 4 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Zaini Jas.
Susulan pelanjutan itu, penduduk di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara 6.00 petang sehingga 6.00 pagi sepanjang tempoh berkenaan.
“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang diisytiharkan antara 6.00 petang sehingga 6.00 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, dan Beluran.
Perintah berkurung dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong di pulau peranginan.
Zaini berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan.
Perintah itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.
“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di ESSZone mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.