`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 10, 2020

Sistem Keadilan Malaysia Lawan Sistem Keadilan Yahudi Zionis Kafir

First sila lihat berita keputusan Mahkamah Tertinggi Israel dalam kes Yahudi mengambil tanah orang Palestin :



Israel Supreme Court telah membatalkan rang undang-undang Parlimen Israel yang sahkan pembambilan tanah orang Palestin untuk perumahan orang Yahudi Israel. Maksudnya Mahkamah Supreme Court Israel telah membela hak orang Arab Palestin. 

Yang berikut pula sedikit berita lama tetapi masih menjadi kebiasaan dalam negara kita Malaysia : 



Jadi di Malaysia ini mencuri petai atau mencuri susu bukan saja dijatuhkan hukuman penjara tetapi sebelum itu orang yang tertuduh itu terpaksa juga menjalani perbicaraan di mahkamah siap dengan hujah tuduhan oleh pendakwaraya dan hujah balas oleh peguam pembela dsbnya.  

Tetapi dalam negara kita, kita juga melihat kes seperti berikut :

  • 30 corruption charges involving US$50.1 million 
  • 16 money laundering charges involving US$37.8 million and S$2.5 million
  • A total of USD89.7 million or RM376.74 million.
  • BEBAS. No case.
Soalannya apa yang telah jadi kepada jumlah duit RM376.74 million itu?

Kalau kes tak jadi, tak cukup bukti, tak cukup maklumat, tak cukup itu dan ini ok lah - kita nak buat apa lagi.

Tetapi soalan pokoknya apa yang sudah jadi dengan duit RM376.74 juta itu?

Sebab sudah tentu sekali duit RM376.74 juta itu puncanya adalah duit orang kalau bukan daripada duit rakyat. 

Jika seekor lembu ajaib itu harganya RM1 juta se-ekor maka duit RM376.74 juta mesti sudah beli dan hantar 376.74 ekor lembu ajaib kepada Menteri Lembu Ajaib. 

Tetapi Menteri Lembu Ajaib tidak terima pun 376.74 ekor lembu ajaib. 

Jadi soalannya ke mana pergi RM376.74 Juta itu? 

Dalam DUA kes lain pula mereka lebih straightforward. 

Kes 1 - Dia kata 42 juta ekor lembu ajaib masuk ke dalam kandang di belakang rumah dia. Dia kata dia pun terus sembelih dan buat khenduri besar  dengan lembu ajaib itu. Dia kata dia tak tahu dari mana datangnya lembu ajaib. Tetapi at least we know what happened to the lembu ajaib - dia sembelih dan dia makan terus. No more mystery. Dia sendiri mengaku. I don't know where it came from but I just walloped them. Makan habis. Burppp...

Kes 2 -  Dia kata dia akan bayar balik SEBAHAGIAN saja daripada duit yang dia curi. Baki duit curi itu - yang lagi banyak - tak tahu apa sudah jadi. Dia guna untuk beli spenda baru, buat plastic surgery, buat filem, beli penthouse dsbnya. Tapi bukan sikit. Duit yang kita tak tahu jadi apa itu berates juta Ringgit. Duit rakyat. Duit orang biasa. Where is the money?  Ke mana perginya duit beratus juta Ringgit itu? 

Jadi apakah ketiadaan moral dalam cerita ini?  
What are the lack of morals in these stories?

Jangan curi susu. 
Jangan curi petai. 
Kalau nak curi, lebih baik curi beratus juta Ringgit. 

Itulah 'lack of morals" dalam cerita ini.  

Orang masih akan sanjung dan sokong awak. 
Orang masih akan tunggu awak di airport. 
Orang masih akan datang melawat awak di rumah dan dewan. 
Orang akan masih jemput awak ke majlis dan khenduri. 

Sebab negara ini tidak mempunyai moral. 
Masyarakat yang tidak mempunyai moral. 

Mereka percaya kuat kepada agama mereka. 
Bagi mereka agama adalah tersangat penting. 

Tapi jangan tanya pasal moral ok. 
Moral itu lain cerita. Belakang kira.

Moral itu kena buat kongres dulu.
Pun tak jumpa juga.

Apakah ibu mereka terlupa membasuh kaki?
Sebab tak ada pun syurga di bawah tapak kaki ibu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.