`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 14, 2020

Tok Mat tolak dakwaan Umno isytihar keluar PN

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, dakwaan Umno keluar PN hanya bertujuan untuk memburukkan pemimpin parti tersebut.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menafikan laporan bahawa parti itu membuat perisytiharan keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, Majlis Tertinggi Umno tidak mengadakan mesyuarat semalam dan dakwaan itu hanya bertujuan untuk memburukkan pemimpin parti tersebut.
“Saya dan keluarga ada di kampung, Rantau.
“Ini semua fitnah yang tak sudah-sudah nak memburukkan pemimpin Umno,” katanya di Facebook hari ini.
Beliau turut memuat naik gambar laporan yang mendakwa Umno mengisytiharkan keluar PN di media sosial.
PN merupakan gabungan politik yang muncul berikutan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Februari lepas, sekali gus menyaksikan pelantikan presiden PPBM Muhyiddin Yassin sebagai ketua kerajaan yang baru.
Pada 17 Mei, PPBM, Barisan Nasional (BN), PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan STAR menandatangani memorandum persefahaman bagi mengesahkan sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.