KEPALA BATAS: Dua restoran makanan segera dan sebuah kopitiam di sini diarahkan tutup 7 hari kerana tidak mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dalam pemeriksaan pihak berkuasa semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam operasi bermula 4 petang itu, polis bersama Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pemeriksaan di restoran makanan segera dan kopitiam sekitar daerah itu sebelum mengambil tindakan terhadap 3 premis terbabit.
“Tiga restoran itu didapati tidak mematuhi SOP dalam membendung penularan Covid-19, malah ada yang tidak mengehadkan jumlah pengunjung makan di premis mereka sehingga tiada penjarakan fizikal antara satu sama lain,” katanya kepada Bernama malam tadi.
Beliau berkata, pemilik 3 restoran itu masing-masing turut dikompaun RM1,000 dan polis akan meneruskan operasi bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP.
Selain itu, katanya, 6 premis makanan segera dan kedai kek turut diberikan notis amaran oleh KKM atas pelbagai kesalahan berkaitan SOP. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.