`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 31, 2020

Lukis guna sos, serbuk kari, Shahtumin teroka seni di luar kotak

Mohd Shah Tumin melakar cerita Malaysia dengan ramuan yang luar biasa.
PETALING JAYA: Seorang pelukis menggunakan ramuan masakan seperti sos, cili, serbuk kari, kicap dan mayonis untuk menghasilkan lukisan sempena Hari Merdeka ke-63.
Itulah keunikan ditampilkan Mohd Shah Tumin, 36, yang cuba meneroka seni “di luar kotak”.
“Saya mahu orang boleh berfikir, lukisan boleh dihasilkan secara kreatif, bukan sekadar menggunakan pensel dan kertas,” katanya kepada FMT.
Beliau yang senang dipanggil Shahtumin berkata, dengan bahan luar biasa itu dia mampu menghasilkan potret pemimpin dan selebriti seperti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Sugu Pavithra, dan pemain bola sepak, Mohamed Salah.
Beliau memuat naik karyanya di laman sosial seperti YouTube untuk berkongsi dengan orang ramai. Beliau tidak menyangka hasil seninya mendapat sambutan yang baik.
Bersempena Hari Kebangsaan, Shah melukis bendera Malaysia, Tugu Negara, bunga ray, dan KLCC dalam satu lukisan, yang mengambil masa 60 hingga 90 minit untuk dihasilkan.
“Lukisan ini juga antara kandungan terbaru saluran YouTube sendiri kerana mahu mencari kelainan, selain berasa masih belum ada lakaran sedemikian dibuat di Malaysia,” katanya.
Shah meminati seni lukis sejak berumur 16 tahun lagi, sehinggalah 3 tahun lalu apabila beliau mendapat ilham apabila sengaja menconteng permukaan pinggan sehingga terhasilnya suatu potret.
Shahtumin bersama potret pemain bolasepak Mohamad Salah yang dihasilkannya.
“Saya mula melakar potret Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-14. Ketika itu isu Najib sedang panas dan saya gunakan sos cili untuk melukis gambar bekas perdana menteri itu,” katanya.
Shah memberitahu FMT bahawa antara bahan paling sukar dikendalikannya adalah serbuk kari.
Potret Youtuber masakan Sugu Pavithra yang dihasilkan Shahtumin.
“Antara idea saya nak lukis gambar pendakwah terkenal, Ebit Lew, guna minyak, atau lukis di kereta yang berhabuk, sebab dia masuk kawasan ceruk bantu orang miskin,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.