`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 22, 2020

Harga Minyak Runtuh - Kuwait Tak Boleh Bayar Gaji Penjawat Awam

(Sila baca komen saya pada penghujungnya. Terima kasih.)
Tuan-tuan ini ada sedikit berita dari Kuwait, negara Arab yang super kaya (dulu).
Yang pokoknya mereka sangat bergantung kepada hasil minyak yang sudah berkurangan sebab harga minyak runtuh.
Masalah No. 2 besar ialah lebih 76% daripada belanjawan kerajaan digunakan untuk membayar gaji penjawat awam (Civil Servants) dan untuk membayar sabsidi.  

 

KL : Negara kaya Kuwait kesukaran bayar gaji penjawat awam Nov depan
Pengumuman dibuat Menteri Kewangannya ketika sidang Parlimen pada Rabu
Ekonomi Kuwait antara yang paling teruk terjejas selepas COV ID-19 
ditambah dengan kejatuhan harga minyak secara mendadak
Kuwait mengeluarkan Dana Simpanan Am 1.7b dinar (RM23b) setiap bulan
kewangan negara itu tambah parah jika harga minyak terus menurun
akan tambah kritikal sekiranya Kuwait tidak dapat meminjam duit
bajet defisit Kuwait meningkat kepada 69% bersamaan 5.64b dinar (RM77b) tahun lalu
tahun ini Kuwait belanja 14b dinar 
upah dan subsidi 76% jumlah perbelanjaan negara
IMF jangkakan kecairan kewangan Kuwait semakin lemah




Government withdrawing General Reserve Fund at rate of 1.7b dinars a month
Kuwait has 2b dinars (RM26b) in its Treasury 
not enough cash to cover state salaries beyond Oct, Finance Minister warned 
political wrangling delayed efforts to return to international bond markets
govt withdrawing 1.7b dinars (RM23b) a month from General Reserve Fund 
meaning liquidity will soon be depleted 
crisis challenging for Kuwait
lawmakers accuse govt of mismanaging public money 
budget deficit increased 69% to 5.64b dinars last year
govt estimates deficit will double to 14b dinars in current fiscal year
Wages and subsidies 76% of all spending
S&P and Moody's put Kuwait's sovereign rating on negative watch
Other Gulf states face similar predicaments 
analysts say the region will borrow record amount this year
Saudi, Bahrain, Qatar rely on debt to cover deficits
My comments :
Negara kita Malaysia pun menghadapi masalah yang serupa. Hasil minyak bagi Kerajaan sudah berkurangan. 
Serupa dengan Kuwait peruntukan paling besar dalam Belanjawan Negara kita (Budget) adalah untuk membayar gaji dan pencen penjawat awam dan membayar sabsidi. 
Keruntuhan harga minyak dunia, kejatuhan harga komoditi lain seperti minyak sawit, getah dsbnya memberi kesan negatif yang besar kepada pendapatan ekonomi negara.
Apabila ekonomi negara menghadapi masalah kekurangan kecairan wang (liquidity kurang) maka kutipan cukai dan hasil oleh Kerajaan akan terjejas. 
Itulah yang sedang berlaku sekarang.  Dan lama-lama jika keadaan ini kekal maka kutipan hasil dan cukai oleh Kerajaan juga akan menjadi kurang. Serupa dengan Kuwait.
Dan Kerajaan Malaysia pun akan menghadapi masalah membayar gaji dan pencen Penjawat Awam dan membayar sabsidi. Serupa dengan apa yang sedang berlaku di Kuwait.
Tetapi jangan takut Tuan-tuan. Jangan risau. Do not worry. 
Solutionnya adalah sangat senang. 
Kita membantu dan majukan sesiapa sahaja rakyat negara kita yang boleh bekerja, berusaha, berniaga, berladang, ber-tani, usahakan barang makanan, membuka kilang, mengekspot apa jenis produk pun ke luar negara so that Kerajaan boleh kutip balik cukai dan hasil daripada usaha mereka.
Lagi banyak kilang (manufacturing) yang dimulakan, lagi banyak penanaman tanaman makanan (padi, buah, sayur), lagi banyak perikanan yang dimajukan yang boleh bersaing dan berjaya dan lagi banyak industri ekspot yang dijayakan maka lagi banyaklah kutipan hasil dan cukai bagi Kerajaan kita.
Bukan saja gaji dan pencen Penjawat Awam dan pelbagai sabsidi boleh kekal tetapi peluang pekerjaan juga akan diwujudkan bagi berjuta anak muda kita yang sudah pun menganggur.
Ikut jangkaan seorang sahabat saya yang juga economist, beliau berkata kadar pengangguran negara kita sekarang menghampiri 15% atau hampir DUA JUTA orang tidak bekerja. TWO MILLION UNEMPLOYED.
Jadi rahsia besar untuk menyelamatkan ekonomi negara ialah kita mesti menghapuskan segala kuota perkauman dalam ekonomi, pelesenan ikut perkauman yang tak masuk akal, menghapuskan monopoli dan oligopoli yang menyekat perjalanan pasaran yang lancar (atau smooth functioning of the market).
Kita perlu membuka (fully open and liberalise) ekonomi kita dan menghapuskan sebarang sekatan, pelesenan, keperluan AP, keperluan permit dsbnya yang menyekat peluang usahawan dan businessman dalam ekonomi kita.
Tuan-tuan, understand this - Kuwait tidak mempunyai banyak pilihan. 
Di dalam Restoran al Kuwait itu mereka hidang satu jenis makanan sahaja - minyak.  
In Kuwait they have only one item on the Menu ie oil. 
Negara kita Malaysia mempunyai kekayaan, keupayaan, pilihan (options) yang jauh lebih canggih dan jauh lebih banyak daripada Kuwait. 
Kita hanya perlu membebaskan ekonomi negara kita daripada pemikiran kolot dan perancangan ekonomi ikut style Zaman Batu. 
Itu saja. Negara kita akan selamat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.