TIADA siapa menyangka presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang sering menjadi bahan ketawa orang ramai akan dikenang sejarah sebagai pencinta kedamaian berjiwa besar.
Berbanding pendahulunya Barrack Obama dari parti Democrat, pemimpin kulit hitam pertama menjadi presiden Amerika Syarikat, Trump dari parti Republican banyak menghasilkan kerja-kerja penting tanpa banyak liputan media.
Media yang mungkin dikuasai Democrat, lebih berminat memaparkan hal remeh dan kurang baik mengenai Trump untuk dijadikan bahan lawak berkualiti rendah.
Obama banyak retorik. Trump pula sangat taktikal dalam tindak-tanduknya.
Kita dapat lihat peperangan dan ketegangan Amerika dan dunia dengan Korea Utara dapat dielakkan. Tidak kurang dua kali Trump dan Kim Jong-un dipertontonkan berjalan mesra dan berganding tangan.
Hubungan Amerika dengan Iran juga sudah tidak seburuk sebelumnya, walaupun mereka tidaklah terlalu berbaik sepenuhnya.
Permainan persaingan ekonomi Amerika Syarikat di bawah Donald Trump dengan presiden China Xi Jin Ping juga kelihatan cantik dan menarik.
Obama telah membunuh puluhan ribu rakyat tidak berdosa negara-negara yang dijadikan bahan taruhan atau proksi.
Trump berjaya mengelak atau mengurangkannya.
Pandemik virus Corona dijadikan senjata tajam untuk mengkritik Trump dan mendewa-dewakan Anthony Fauci. Mungkin Trump ada melakukan beberapa kesilapan. Tetapi dia juga telah dan sedang melaksanakan berbagai pembaikan.
Dalam diam, Trump juga kelihatan semakin berjaya mentransformasi pemikiran dua pihak yang sudah lama bertelagah, iaitu Israel dengan negara-negara Arab khasnya, serta banyak negara Islam lain, amnya.
Broker berbakat yang menyerlah ini dijangka bakal mencipta sejarah - perdamaian dan menang-menang untuk semua.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.