SEPANG: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memaklumkan kaunter aduan trafik Balai Polis Sentul ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan selepas seorang pengadu bergelang merah jambu batuk.
Balai berkenaan bagaimanapun masih beroperasi seperti biasa.
Mengenai pengadu terbabit, mangsa ke balai berkenaan untuk membuat aduan dirinya diganggu.
“Bila mangsa sampai di sana, polis dapati dia pakai gelang kuarantin dan mempunyai gejala batuk. Perkara itu kemudian dilaporkan kepada kementerian dan kementerian minta kawasan yang mangsa datang itu ditutup,” katanya kepada pemberita selepas acara Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Paya Indah Wetland, Dengkil hari ini.
Hamid menjelaskan cerita di media sosial tentang keadaan di Balai Polis Sentul susulan dakwaan berlakunya penularan Covid-19 di situ.
Maklumat lanjut kementerian akan umum petang ini, tambahnya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.