`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 21, 2020

Reman lelaki dakwa jual organ manusia dilanjut 5 hari

Suspek mendakwa diri terbabit dalam pemerdagangan organ manusia antarabangsa dibawa ke mahkamah untuk permohonan melanjutkan perintah reman bagi membantu siasatan kes itu. (Gambar Bernama)
KUCHING: Reman seorang lelaki yang ditahan polis sejak 14 Ogos lalu berhubung dakwaan aktiviti pemerdagangan organ manusia bagi pasaran antarabangsa, dilanjutkan 5 hari lagi kerana siasatan kes itu belum selesai.
Penolong pendaftar mahkamah rendah Kuching yang bertindak sebagai Majistret, Dora Undau mengeluarkan perintah itu terhadap lelaki berusia 48 tahun berkenaan berdasarkan permohonan pegawai penyiasat, Nor Elyanis Mohd Yusoff.
Suspek dibawa ke mahkamah hari ini susulan perintah tahanan reman pertama selama 7 hari tamat semalam, selepas dia menyerah diri pada 13 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.
Pada 13 Ogos lalu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dev Kumar M M Sree dilaporkan berkata, suspek menyerah diri di IPD Kuching selepas menyedari dirinya diburu polis berikutan pendedahannya kepada akhbar tabloid Britain yang dia ialah broker jual beli organ manusia.
Dalam artikel pada 8 Ogos lalu, The Sun melaporkan lelaki itu memberitahu wartawannya yang menyamar, suspek ialah broker pemerdagangan organ manusia yang diperoleh daripada mangsa miskin.
Dalam artikel itu, suspek mendakwa dia boleh mengaturkan “pakej” pemindahan organ secara haram untuk warga Britain dengan kos £85,000 (kira-kira RM469,977).
Dia juga dilaporkan mendalangi 45 penjualan buah pinggang secara haram dan menggunakan Facebook untuk mempengaruhi mangsa miskin dari seluruh dunia menjual organ mereka kepada pesakit memerlukan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.