Rupanya Mufti Mesir pun sedar (at last) akan ayat-ayat Quran berkenaan anjing dan pembelaan anjing (oleh ashaabul kahfi dalam Surah al Kahfi). Alhamdulillah.
Sila baca berita berikut dulu :
In response to the controversy over whether or not dogs should be bred at home, Grand Egyptian Mufti Shawki Allam has assured that they are not unclean.
The Islamic Maliki doctrine permits people to live together with dogs, Allam said, adding that Muslims may continue to perform their prayers even if licked by a dog.
(OSTB : Mufti Shawki bermaksud tidak perlu ritual khusus samak jika tersentuh atau terjilat oleh anjing.)
This comes in contrast to a majority of Islamic schools that view dogs as ritually impure.
Article 357 of Egypt’s Penal Code imposes jail time of six months or less or a fine of under LE200 for anyone found to have intentionally killed a domesticated animal, according to lawyer Khaled Mohamed.
My comments :
Mula sekali saya telah search Online jika berita di atas adalah betul. Yang berikut adalah hasil Google Search:
Maka berita ini telah dilaporkan oleh beberapa media Arab di Timur Tengah.
Di dalam Al Quran, Surah al Kahfi (Surah 18) menceritakan berkenaan sekumpulan pemuda (as-haabul kahfi) yang beriman.
Kisah mereka diulang dalam Al Quran sebagai satu contoh yang baik bagi umat Islam.
18:13 We narrate to you their history, truthfully. They were youths who believed in their Rabb, and we increased their guidance.
Dan pemuda al Kahfi itu telah menduduki sebuah gua bersama dengan anjing mereka. Anjing mereka tidur bersama pemuda itu sepertimana disebut dalam Surah 18:18.
Surah 18:18 (sebahagian)
wa kalbuhum - and their dog
baasithun - stretched
dhiraa' ayhi - his two front paws
bil waasidi - by the entrance
Dan kisah as-haabul kahfi ini dibilang sebagai 'AYAT' atau tanda yang besar daripada Allah swt.
"Surah 18:9 (sebahagian)
kaanu : they were
min : from
aayaatina : Our signs
ajaban : wondrous
Maksudnya kisah as-haabul kahfi ini adalah penting bagi kita sebagai contoh sekumpulan pemuda yang beriman dengan Pemelihara mereka (aamanu bi rabbihim) dan yang Allah swt telah tambahkan lagi hidayah bagi mereka
(wa - zidnaa-hum hudan : dan Kami tambahkan bagi mereka hidayah).
Tidak ada sekali pun Allah swt memberi amaran dalam Al Quran bahawa as-habul kahfi itu bukan lagi manusia yang beriman atas sebab mereka membela anjing atau kerana mereka membenarkan anjing tidur bersama mereka.
Tidak juga disebut dalam Surah Al Kahfi atau di mana surah yang lain dalam Al Quran bahawa anjing adalah haiwan "najis" dan perlu dilakukan sebarang ritual khusus untuk sucikan daripada anjing.
Kenyataan Mufti Mesir Sheikh Shawkawi Allam bahawa anjing bukan "haram" merujuk kepada mazhab Maliki. Ini juga menunjukkan perbezaan fikah (fiq'h) antara para imam fikah daripada zaman silam.
Harus kita faham bahawa dalam kronoloji sejarah, imam fikah yang muncul dulu.
Imam fikah yang muncul dulu termasuk Abu Hanifah (lahir 57H), Malik (lahir 89H), Shafie (145H), Hanbali (lahir 158H). (Catatan lain mungkin menunjukkan tahun kelahiran yang berlainan contohnya Abu Hanifa lahir pada 80H).
Ini bermakna kesemua empat imam fikah termasuk dalam generasi tabi'un atau tabii tabiin ia itu generasi yang mewarisi sahabat nabi. Imam Abu Hanifah dilahirkan hanya 18 tahun selepas kematian Saidina Ali (pada 39H). Saidina Ali adalah Khalifah Rasyidun yang Ke Empat.
Di ikuti kemudian oleh imam hadis, imam tafsir dsbnya.
Imam hadis termasuk Bukhari (lahir 188H), Abu Muslim (lahir 199H), Al Nesai (lahir 207H).
Di ikuti imam tafsir seperti Tabari (lahir 217H), Ibnu Kathir (lahir 679H), Jalaludin Mahalli (lahir 767H) dan Jalaludin Suyuti (lahir 823H).
Sedikit renungan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.