`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 23, 2020

150 Peniaga Stesen Bas Larkin Bungkus : Tuan-tuan, inilah maksudnya 'the head bone is connected to the neck bone which is connected to the shoulder bone' dsbnya ?

 Mula sekali sila tonton video dan baca berita berikut berkenaan situasi di Johor Bharu.




JB :  150 peniaga di Terminal Larkin Sentral dijangka gulung tikar 

tidak mampu bayar sewa premis sejak (PKP) Mac lalu

suasana terminal suram dan hambar,  ketiadaan pengunjung 

Sebelum penutupan sempadan Mac, 100,000 pekerja ulang alik setiap hari

selain pengunjung S'pura yang berbelanja setiap hari dan hujung minggu

semua peniaga di terminal itu kini tersepit 

jualan peniaga merosot teruk sejak PKP lalu





KEADAAN sepi tidak ada pelanggan di Terminal Larkin, Johor Bahru

sebelum PKP, Larkin Sentral sentiasa dipenuhi penumpang 

peniaga mampu memperoleh pendapatan selesa

sejak Mac pendapatan peniaga merosot 90%

amat perit dengan sewa tiga bulan tertunggak

selepas Lembah Klang kena (PKPB) 14 Okt keadaan makin kritikal 

90% peniaga adalah golongan Bumiputera

ada yang terpaksa menangguhkan bayar sewa sejak Julai 

  • pengurusan menawarkan diskaun sewa 30% sejak Julai 
  • sebelum ditukar kepada 20% saja selepas itu
  • peniaga memohon pengurusan Larkin beri diskaun sewa 40% - 50%

bagi membolehkan peniaga bertahan dan tidak gulung tikar

  • Ada peniaga tiada pendapatan harian selama seminggu turut-turut
  • ramai dapat pendapatan harian 60 sen - kurang RM10 sehari 

terpaksa menutup perniagaan yang dibuka sejak 25 tahun lalu 

buntu memikirkan nasib 


My comments :

Seluruh dunia sedang sakit - sakit daripada jangkitan virus korona dan juga sakit sebab perniagaan dan ekonomi hampir semua negara merosot.  

Kita juga boleh faham betapa connected atau berhubung rapat atau berkait rapat urusan semua manusia atas muka bumi Allah ini. 

Singapura telah faham lebih awal lagi kesan buruk terhadap ekonomi mereka jika sempadan Malaysia Singapura tertutup. Maka kerajaan Singapura mengambil tindakan awal menyediakan bilik dan hostel untuk penginapan pekerja dari Malaysia untuk mengatasi sekatan PKP di sempadan Johor Bharu.  

Jadi Singapura mengambil tindakan pro-aktif. Macam mana pun kesan virus korona tidak dapat dielakkan semua sekali. Semua tempat dalam dunia ini ditimpa kesan buruk virus korona. 

Maka peniaga bumiputera di stesen Larkin Sentral pun mengalami kesulitan yang perit bukan saja untuk bayar sewa tetapi untuk beri makan minum anak-anak di rumah dan bayar belanja rumah. 

Jadi kita dapat melihat di sini betapa berhubung kait urusan semua manusia atas muka bumi Allah swt ini. Jika satu pihak itu susah, maka ia akan beri kesan besar ke atas keselesaan semua orang lain sekali.

Saya harap kita semua akan ambil iktibar dan teladan daripada jangkitan virus korona ini.  Semua manusia atas muka bumi ini saling bergantung sesama sendiri. Manusia perlukan manusia untuk terus hidup maju.

Kita perlukan manusia majikan untuk bekerja dengannya. Kita perlukan manusia pekerja untuk bekerja dengan kita. Kita perlukan manusia pembeli untuk beli barang kita. Kita perlukan manusia penjual untuk menjual barang kepada kita.

Kita semua ini adalah connected - serupa head bone connected to the neck bone, which is connected to the shoulder bone which is connected to the back bone dsbnya.

Tetapi memang fitrah manusia bahawa umat dan bangsa yang lain mempunyai manasik atau cara-cara mereka yang berlainan dan berbeza. 

Sebab itulah Al Quran menasihati kita jangan pula kita sibuk-sibuk untuk mencari perbalahan dan perbezaan antara manusia :  

Surah 22:67 




22:67 For every nation We have made rites which they upholdl. So do not let the matter fall into dispute. And call upon your Lord, for you are on a guidance which is straight.

22:67 Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan "mansakan" (upacara) tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali membantah urusan ini dan serulah kepada Pemelihara kamu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus.

Jadi janganlah biarkan sebarang syaitan dan iblis menghasut kita dengan mengatakan kita tidak perlu kepada orang lain atau tidak perlu kepada negara lain yang bukan sebulu atau serupa atau seagama atau sama bau dengan kita. Itulah hasutan syaitan yang sebenarnya.

Kerja syaitan adalah menghasut manusia untuk berbalah atas sebab bodoh dan remeh. Kerja syaitan adalah untuk menghasut manusia untuk mencari titik tolak dan bukan mencari titik pertemuan antara manusia.

Wabak virus korona ini menyuluhkan dengan begitu terang, jelas dan panas bahawa kita tidak boleh hidup tanpa perlu atau tanpa bergantung kepada semua manusia lain atas muka bumi ini.  We are all connected. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.