`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 31, 2020

MetMalaysia keluar amaran cuaca peringkat waspada di Sabah hingga 2 Nov

 

Hujan lebat dijangka berlaku di Sabah, iaitu di pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Sandakan dan Kudat serta Labuan sehingga 2 Nov ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah, sehingga Isnin (2 Nov).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu diramal melanda kawasan pedalaman pantai barat, Sandakan, Kudat dan Labuan.

“Hujan lebat dijangka berlaku di Sabah, iaitu di pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), pantai barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat serta Labuan sehingga Isnin, 2 Nov,” menurut kenyataan itu, hari ini,

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia hari ini mengeluarkan notis nasihat Taufan Goni yang berada di kedudukan kira-kira 668km ke tenggara Luzon, Filipina.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan Taufan Goni isedang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 25km sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan maksimum 213km/j.

Kenyataan itu turut menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,368 km ke timur laut Sandakan, namun tiada kesan signifikan terhadap Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.