`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 31, 2020

Harga Minyak Jatuh Lagi Tapi Harga Satu Tong Gas Tak Menurun Pun

 Tuan-tuan harga minyak jatuh merudum sekali lagi. 

Latest pula harga minyak  dunia turun ke US35+ per barrel bagi minyak West Texas Intermediate atau WTI dan 'Brent' pula US37+ per barrel.



Yang lebih menarik adalah carta pengeluaran minyak (di atas) di Amerika Syarikat - negara pengeluar minyak yang terbesar di dunia.

Pengeluaran minyak di Amerika menurun daripada hampir 13 juta tong minyak sehari (Januari 2020) menjadi kurang daripada 10 juta tong minyak sehari (Okt 2020).

Kemungkinannya besar keadaan ini akan kekal buat seketika juga.

Harga gas asli (natural gas) pun sudah menurun dengan drastic, sila lihat carta ini :


Soalan yang tuan-tuan dan khususnya puan-puan suri rumah harus tanya ialah kenapa harga satu tong gas masak tidak menurun? Harga gas masak dikawal (price controlled). Jadi kenapa tiada penurunan bagi harga gas masak ?  

Dalam negara kita perniagaan cooking gas atau gas masak ini di control oleh syarikat gergasi oligopoli.   Maksudnya syarikat orang kaya.  Pembekal gas masak ini sangat sikit bilangan mereka - boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja.  Kerajaan memberi mereka 'lesen besar' oligopoli untuk control pembekalan gas masak.

  • Monopoli maksudnya hanya satu syarikat control pembekalan sesuatu produk.
  • Oligopoli maksudnya beberapa syarikat saja control pembekalan sesuatu produk.
Apabila ada monopoli dan oligopoli maksudnya tuan-tuan rakyat marhaen tidak mempunyai pilihan lain atau pilihan terhad di pasaran. Bila pilihannya terhad di pasaran, maka pembekal monopoli dan oligopoli boleh control harga jualan sesuatu produk tanpa takut atau risau akan kehilangan jualan. Sebab tuan-tuan dan puan-puan sebagai pengguna  tidak mempunyai pilihan yang banyak. Atau tiada pilihan langsung.

Jadi tuan-tuan pengguna, NGO, persatuan pengguna dsbnya perlu desak Wakil Rakyat di kawasan masing-masing untuk mendesak Kerajaan di Parlimen kenapa harga gas masak tidak menurun.  Kenapa pembekalan gas masak ini diberi lesen monopoli dan oligopoli oleh Kerajaan?

Tuan-tuan di sini ada soalan cepu mas. Macam mana kita jadi miskin? How do we become poor?

Jawapannya : Sedikit demi sedikit. 

Hari-hari financial resources kita atau sumber kewangan kita terhakis apabila kita beli makanan, beli kereta, bayar api, bayar rumah dan bayar, bayar, bayar.   Bayar sampai mati.

Kita mesti bayar. Life is not free. Bangun pagi saja kita sudah perlu keluar duit.

Tetapi yang penting ialah bila kita bayar Satu Ringgit kita mesti menerima atau mendapat barang atau produk atau perkhidmatan yang berbaloi atau padan atau seimbang dengan nilai Satu Ringgit yang kita bayar tadi.

Habis macam mana pula kita boleh pastikan bahawa produk atau perkhidmatan yang kita beli itu berbaloi atau padan atau seimbang dengan duit Satu Ringgit kita itu?

Jawapannya terletak kepada pilihan atau choices yang ada pada kita dalam pasaran. Lagi ramai penjual bagi sesuatu produk maka lagi banyaklah pilihan bagi kita dan akan lebih berbaloi lah duit belanja Satu Ringgit tadi. 

Kalau nasi lemak di warong A tak sedap, kita pergi ke warong B. Kalau nasi di warong B sudah basi, kita pergi ke warong C. Kalau warong C bagi sebungkus nasi yang kurang atau tidak cukup kita pergi ke warong D. 

Bayangkan jika Kerajaan kata 'Di kawasan ini hanya satu warong nasi lemak diberi lesen berniaga. Warong lain tidak dibenarkan.'

Apa maksudnya? Maksudnya kita sebagai pengguna tidak ada pilihan. Duit belanja Satu Ringgit tadi tidak akan memberi kita produk dan perkhidmatan yang berbaloi, padan atau seimbang dengan duit kita Satu Ringgit tadi.

Apa maksudnya ? Maksudnya segala usaha, peluh, tension dan susah payah kita hasil daripada bekerja keras setiap hari, dari pagi sampai petang untuk mencari duit gaji Satu Ringgit itu tidak diberi penghormatan yang sepatutnya.

Orang lain - monopoli dan oligopoli orang kaya - mengambil duit kita yang lebih tetapi memberi kita produk yang tidak berbaloi, padan atau seimbang. 

We pay more for less. Kita bayar lebih tetapi kita dapat yang kurang.

Maka sikit-sikit, sedikit demi sedikit kita menjadi miskin. Orang lain pula jadi kaya. Selepas 30 tahun atau 50 tahun maka akan terjadilah 'kawasan perumahan mewah', kawasan perumahan miskin, golongan B40,  golongan elit, rakyat marhaen, golongan kaya oligarki dan sebegitu. 

Kenapa harga satu tong gas masak tidak menurun? Harga minyak dunia sudah jatuh merudum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.