Di petik dari The Edge :
- KL (Oct 15): Khazanah's Kidzania S'pore owes S$53.4m (RM172m)
- to more than 1,000 parties in the island city-state
- S'pore Business Times (BT) said Kidzania now under liquidation
- Khazanah 80% in Rakan Riang, the JV behind KidZania S'pore
- Boustead holds remaining 20% in Rakan Riang
- owed S$207,400 in rent for KidZania's premises on Sentosa Island
- when KidZania Spore opened in 2016, recorded S$15m revenue, S$8.3m loss
- revenues hovered around that figure, losses widened
- 2019 KidZania revenue S$14.4m but S$28m loss after tax
- assets diminished, from S$48.9m (2016) to S$5.9m Aug 24
- lack of clarity towards recouping money
- Khazanah declined to comment
My comments :
This is a poorly written report by The Edge. The following sentence does not make sense : Additionally, BT said MOE's sports and recreation club is understood to be owed S$62,300 for corporate passes purchased from KidZania.
If the MOE purchased S$62,300 worth of corporate passes from Kidzania then how can Kidzania owe the MOE? Or is there something missing here?
Anyway tuan-tuan ini menjadi satu lagi kes GLC MELEBURKAN duit bapak kita sebanyak RM172 juta di Singapura.
Kidzania S'pore ini telah rugi sejak dibuka pada 2016.
- 2016 RM45m revenue, RM25m loss
- 2019 RM43m revenue RM84m loss
- assets RM147m (2016) to RM18m (Aug 24th).
Dalam tempoh tiga tahun kerugian aset syarikat hampiri RM130 JUTA.
Tuan-tuan sekarang kita tanya sedikit soalan.
1. Agaknya gaji CEO Kidzania berapa pula? Takkan Gaji Minima?
2. Tiap kali CEO pergi 'melawat sambil belajar' ke Singapura berapa banyak pula duit elaun CEO, tambang kapalterbang 1st class, hotel FIVE star di Singapura dsbnya?
3. Tuan-tuan dont be stupid ok - kalau CEO melawat sambil belajar ke Singapura, Ahli Lembaga Pengarah pun mesti nak ikut melawat sambil belajar ke Singapura.
So berapa banyak pula belanja duit bapak kita untuk bayar elaun overseas Ahli Lembaga Pengarah, tambang kapalterbang 1st class, hotel FIVE star di Singapura dsbnya?
Semuanya hangus. Sekarang company sudah "under liquidation". Maksudnya aset semua semua akan dilelong.
Sekarang mungkin dia jual aset ikut timbang saja.
Barang besi satu tan berapa Ringgit.
Barang plastik satu tan berapa Ringgit.
4. Tuan-tuan ingat tak masa nak pinjam bank loan untuk beli rumah atau beli kereta dulu tuan-tuan terpaksa tunggu atau beratur di bank. Mungkin permohonan lulus kali pertama. Mungkin bank reject. Jadi kena lah beratur di bank lain pula. Mungkin kena reject dua tiga kali. Atau semua bank tak lulus.
Tuan-tuan agaknya bebudak CEO GLC ini pula beratur di bank ke untuk meminjam duit buat projek dunggu di sana sini? I dont think so.
Depa angkat telefon saja dan jerit 'Ayaaah saya nak duit'.
Ok lah maksud saya yang dia telefon itu kepada Kementerian Kewangan - khazanah negara kita yang sebenarnya.
Dia minta duit dari Kementerian Kewangan kita.
Dia tak payah beratur di bank untuk jumpa pegawai pinjaman bank.
Tetapi duit yang dia dapat untuk dia MELEBUR di Singapura itu memang duit bapak kita. Taxpayers money.
Duit tuan-tuan yang bayar cukai sales tax, income tax, corporate tax, cukai jalan, cukai pintu, cukai tanah, cukai eksais, cukai import kereta, levi, duit setem bila beli rumah, cukai, cukai, cukai. Cukai sampai mati. Bayar saman Polis, bayar kompaun tak pakai face mask.
Kerajaan ambil duit kita ini semua - harta rakyat - dan bagi kepada bebudak GLC untuk DI LEBUR duit bapak kita buat projek dan bisnes yang bungkus.
Akhir sekali hampir semua GLC bungkus.
Kalau sebut GLC saja bayangkan sinonim dengan bungkus.
Hangus lah duit bapak kita.
CEO GLC pula gaji berpuluh ribu dan beratus ribu dan juga berjuta ribu.
Ahli Lembaga Pengarah pun gaji begitu.
Elaun overseas, elaun hotel LIMA bintang, tambang tiket kapalterbang 1st class pula.
Semua duit bapak kita jadi MELEBUR.
Soalan terakhir : Tuan-tuan yang haprak dapat apa pula?
Ok tuan-tuan, lets change the story sikit lah.
Katakanlah Kidzania Singapore terjadi success gila.
Katakanlah berpuluh ribu orang melawat Kidzania Singapura, jualan tiket mencecah berpuluh juta Ringgit, untung pun berpuluh juta Ringgit.
Habis tuan-tuan dapat apa pula? What did you get?
Berapa puluh orang anak-anak tuan-tuan yang mendapat peluang kerja dengan Kidzania Singapore?
Padahal yang dibelanja pula beratus JUTA Ringgit duit bapak kita.
Dia belanja duit bapak kita tetapi dia bagi peluang kerja bagi anak orang Singapore pula.
Lepas itu rugi pula - terbakar hangus beratus JUTA Ringgit duit bapak kita.
Orang Thailand makin fed up kena berlutut, berbaring dan meniarap depan raja yang suka hidup berfoya-foya bersama anak gadis di Germany.
Agaknya bila pula tuan-tuan akan fed up dengan gelagat GLC yang MELEBUR dan bakar hangus beratus juta Ringgit dan berbilion Ringgit duit tuan-tuan yang tidak membawa sebarang pulangan yang berbaloi bagi tuan-tuan dan anak-anak kita?
Sampai bila?
Menteri Besar beli kereta Mecedi, kereta Vellfire dan Lexus.
CEO dan Ahli Lembaga Pengarah GLC dibayar gaji dan elaun mewah dan lumayan.
Semuanya dengan menggunakan duit bapak kita. Duit tuan-tuan.
Sampai bila lagi tuan-tuan sudi berlutut, berbaring dan meniarap?
The views expressed are those of the author and do not necessarily reflect those of FMT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.