KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut, manakala isterinya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh dari jejambat di Jalan Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10.10 malam itu, lelaki berusia 51 tahun itu tersangkut di tembok jejambat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Isterinya yang berusia 35 tahun pula dipercayai terjatuh bersama kereta dari jejambat dan mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.
Katanya, Proton Saga yang dinaiki pasangan itu dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tembok jalan lalu terjatuh ke bawah jejambat dekat KKIA.
“Mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, manakala isterinya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2,” katanya di lokasi kejadian.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.