`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 15, 2020

Zuraida mahu siasatan segera anggota bomba dipukul

 

Zuraida Kamaruddin terkilan dan terguris apabila melihat rakaman video berkenaan kerana anggota bomba merupakan petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah.

PETALING JAYA: Insiden anggota bomba dipukul ketika menjalankan tugas memadamkan kebakaran dalam kemalangan di Bandar Tun Hussein Onn perlu disiasat segera, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau turut terkilan dengan kejadian itu dan berharap tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.

“Secara peribadi, saya terkilan dan terguris apabila melihat rakaman video berkenaan kerana anggota bomba merupakan petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah. Bahkan pengorbanan mereka seharusnya diiktiraf masyarakat.

“Anggota bomba yang dipukul oleh individu itu sudah membuat laporan polis berhubung kejadian. Saya berharap siasatan dapat dijalankan segera dan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang harus diambil tindakan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zuraida Kamaruddin.

Zuraida turut memaklumkan berdasarkan maklumat diterimanya, individu yang memukul anggota bomba itu dalam keadaan khayal.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan menemui senjata tajam iaitu pisau pemotong daging,” katanya.

Terdahulu, tular video anggota bomba dikasari ketika menjalankan kerja memadam kebakaran dalam kemalangan berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn.

Menerusi video itu, seorang lelaki secara tiba-tiba meluru ke arah anggota bomba yang sedang membuat kawalan untuk memadam kebakaran memukul anggota berkenaan apabila dihalang mendekati kenderaan yang terbakar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.