`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, May 30, 2021

Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni Direman 2 Hari Susulan Dakwaan Hina Agong

 

(FMT) – Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman Youtube yang didakwa berbaur hasutan serta menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Dev Kumar yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang pada 11 malam semalam, susulan laporan polis yang diterima.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, pihak polis telah menerima sebanyak 18 laporan,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Keadilan Fahmi Fadzil berkata, Iswardy hanya seorang anggota biasa parti yang tidak memegang sebarang jawatan dalam hierarki kepimpinan parti tersebut.

Semalam, polis dilaporkan sedang mengesan Iswardy berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Sultan Abdullah.

Dalam video bertajuk “Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun” itu, Iswardy dikatakan melontar beberapa tuduhan secara sinis dan kesat terhadap Sultan Abdullah berhubung wabak Covid-19.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.