`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Monday, May 31, 2021

Turun padang, dengar masalah rakyat sepanjang ‘total lockdown’, kata Naib Presiden Umno

 

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, berkata Umno sememangnya berpegang kepada tradisi membela kebajikan rakyat yang menjadi teras perjuangan sehingga parti keramat itu terus kekal relevan sampai hari ini.

PETALING JAYA: Pemimpin Umno di semua peringkat akar umbi seluruh negara diseru turun padang mendengar keluh kesah rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan sekatan penuh perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula esok.

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, turut meminta jentera Umno di setiap peringkat bersiap-siaga dan sedia berkhidmat termasuk menyalurkan sumbangan kepada mereka yang terjejas sepanjang “total lockdown”.

“Umno sememangnya berpegang kepada tradisi membela kebajikan rakyat yang menjadi teras perjuangan sehingga parti keramat ini terus kekal relevan sampai hari ini.

“Tradisi membela nasib rakyat perlu terus diperkasakan ketika pandemik Covid-19 ini. Umno perlu menjadi juara membela nasib rakyat. Namun dalam melaksanakan tanggungjawab ini, pastikan pematuhan SOP sentiasa dijaga dan amalkan kawalan kendiri yang ketat,” katanya dalam kenyataan.

Ismail yang juga Menteri Kanan (Keselamatan), berkata pelaksanaan PKP penuh bertujuan bagi membendung dan memutuskan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini dan kerjasama semua pihak amat diperlukan dengan mematuhi SOP

“Dua minggu yang kritikal ini saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya patuh pada SOP yang telah ditetapkan dan duduklah di rumah jika tiada keperluan untuk keluar,” katanya.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 28 Mei lalu mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.