`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, May 30, 2021

Pesta Kaamatan wadah penting terus pupuk perpaduan, kerjasama, kata Hajiji

 

Hajiji Noor berkata, Pesta Kaamatan perlu dijadikan asas untuk rakyat terus bersatu dan memperkasakan semangat perpaduan sedia ada. (Gambar Bernama)

PENAMPANG: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor berkata, Pesta Kaamatan ialah wadah penting untuk terus memupuk semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan rakyat untuk membawa negeri itu ke tahap pembangunan lebih tinggi.

“Pesta Kaamatan adalah perayaan penting bagi Sabah, khususnya kepada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) serta etnik lain di negeri ini.

“Kaamatan perlu dijadikan asas untuk rakyat terus bersatu dan memperkasa semangat perpaduan yang sedia terjalin, khususnya bagi Sabah yang sentiasa menjadi model perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan Pesta Kaamatan peringkat Sabah di sini, hari ini.

Sambutan Kaamatan yang bertemakan “Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Perdamaian dan Keamanan” itu turut disiarkan secara langsung di Facebook.

Hajii berkata, walaupun pandemik Covid-19 mengubah cara sambutan menjadi secara maya, ianya tetap meriah kerana mendapat sambutan memberangsangkan.

“Apa yang penting, kita harus berwaspada dan sentiasa mematuhi SOP supaya penularan Covid-19 dapat disekat.

“Saya ingin mengambil kesempatan menyeru seluruh rakyat Sabah sentiasa bersama kerajaan demi kesejahteraan dan kemajuan negeri ini. Marilah kita memberi sokongan padu kepada kerajaan agar usaha untuk membangun dan memajukan negeri ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.