`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 5, 2021

6 pemain badminton positif Covid-19 sebaik pulang dari Sepanyol, kata BAM

 

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelaskan enam pemain terbabit hanya akan kembali ke Akademi Badminton Malaysia selepas pemain yang menyertai Olimpik Tokyo berangkat ke Jepun. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Enam pemain badminton negara yang baru kembali dari Kejohanan Antarabangsa Sepanyol 2021 disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan ringkas di Facebook rasmi persatuan itu hari ini.

Bagaimanapun, badan induk sukan badminton negara itu mengambil tindakan segera dengan menghantar pemain terbabit ke pusat kuarantin terlebih dahulu.

BAM berkata, pemain terbabit masih belum pulang ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, dan tidak mencetuskan kontak rapat dengan pemain yang akan ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

“Sebaik kembali ke Malaysia, mereka menjalani kuarantin wajib seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa. Selepas diuji positif, pemain berkenaan dihantar ke pusat kuarantin dan tidak mengalami sebarang gejala.

“Enam pemain ini hanya akan kembali ke ABM setelah pemain yang akan menyertai Olimpik Tokyo berangkat ke Jepun,” kata BAM. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.