`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 31, 2021

Tangguh sidang Parlimen : Covid-19 serang ‘tiba-tiba’ atau nak tutup ‘penipuan’ kerajaan, soal Najib.

 

Najib Razak berkata alasan Parlimen tidak boleh bersidang kerana alasan Covid perlu dilihat dari sudut lebih luas, manakala Ahmad Maslan sudah menjangka ia akan berlaku.

PETALING JAYA: Persidangan Dewan Rakyat Isnin yang ditangguh kerana serangan “tiba-tiba” Covid-19 sebenarnya lebih berkait kepada perlakuan kerajaan Perikatan Nasional, termasuk “menipu Parlimen,” sehingga menimbulkan rasa dukacita Istana Negara, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata, alasan bahawa Parlimen tidak boleh bersidang kerana “serangan tiba-tiba” wabak itu perlu dilihat daripada sudut lebih luas.

“Covid-19 tiba-tiba serang dewan setelah Yang diPertuan Agong titah (baginda) amat dukacita sebab kerajaan PN tidak menghormati undang-undang, membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda dan menipu Parlimen,” katanya di Facebook.

Beliau juga berkata serangan Covid-19 tiba-tiba itu berlaku apabila dirinya dijadualkan berucap di Dewan Rakyat Isnin ini.

Berdasarkan catatan facebooknya, ucapan Ahli Parlimen Pekan itu mengupas sebab mengapa kepimpinan Muhyiddin disifatkan kerajaan gagal, khususnya dalam menangani wabak Covid-19 dan krisis ekonomi.

Hari ini, Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat berkata hari terakhir sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin ini, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kerana risiko penularan Covid-19 di Parlimen.

Dalam surat ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, berkata Pejabat Speaker telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menolak alasan penularan Covid-19 untuk menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

“Ahli Parlimen sudah menjangka (penangguhan ini). Banyak pihak berpendapat bukan sebab Covid-19, (sidang Dewan Rakyat ditangguh),” kata Ahli Parlimen Pontian itu.

Beliau menegaskan keperluan “krisis politik yang berlaku, mesti diselesaikan segera.”

“Krisis perlembagaan yang terjadi, mesti ditangani,” tambah beliau di Twitter. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.