`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, July 30, 2021

Agong, Permaisuri zahir penghargaan sumbangan perubatan Raja Saudi

 

Sumbangan dari Raja Arab Saudi itu termasuk sejuta dos vaksin AstraZeneca dan 4.5 juta unit peralatan perubatan bernilai USD5 juta yang tiba di Malaysia menerusi dua pesawat Saudia Airlines semalam dan hari ini. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan penghargaan kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud atas sumbangan perubatan negara itu bagi membantu Malaysia menangani pandemik Covid-19.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud dan Menteri Luarnya Faisal Farhan Al Saud atas sumbangan itu.

“Sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.

“Semoga sumbangan bekalan vaksin dan peralatan perubatan ini membantu negara memerangi pandemik Covid-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” kata Istana Negara dalam hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Pada 25 Julai, Raja Salman menitahkan King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action supaya segera menyalurkan sumbangan vaksin dan peralatan perubatan untuk membantu Malaysia menangani Covid-19.

Sumbangan dari Raja Arab Saudi itu termasuk sejuta dos vaksin AstraZeneca dan 4.5 juta unit peralatan perubatan bernilai USD5 juta yang tiba di Malaysia menerusi dua pesawat Saudia Airlines semalam dan hari ini.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Hishammuddin Hussein atas kerjasama di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dalam menjayakan sumbangan itu.

Turut dizahirkan adalah ucapan terma kasih kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan dan kerajaan Arab Saudi atas sumbangan ini.

Melalui hantaran itu, Seri Paduka berdua turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan pandemik Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.