`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, July 31, 2021

Program Asasi, Diploma: Sesi akademik secara dalam talian mulai Ogos

 

Menurut KPT universiti awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan penuntut Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober atau pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing.

KUALA LUMPUR: Pengajaran dan pembelajaran penuntut baharu program Asasi dan Diploma sesi akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Ogos.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata keputusan itu mengambil kira situasi semasa penularan Covid-19 dalam negara ketika ini.

Bagaimanapun, menurut KPT universiti awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan penuntut Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober atau pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing.

Ibu bapa dan penuntut yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/6628.

Mereka juga boleh melayari laman web institusi pengajian tinggi (IPT) atau terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.