`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 30, 2021

Jadikan sidang Parlimen Isnin depan ‘ujian’ sokongan majoriti Muhyiddin, kata Kit Siang

 

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan ‘meletak jawatan secara terhormat’ ekoran kemelut yang tercetus berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

PETALING JAYA: Jika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak bersedia untuk berundur, penentuan sama ada beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen harus menjadi aturan pertama dalam sidang khas Parlimen Isnin depan, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan meminta Muhyiddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan “meletak jawatan secara terhormat” berikutan kemelut yang tercetus berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat.

Katanya, penelitian kedua-kedua kenyataan daripada Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menunjukkan bahawa kenyataan Istana Negara benar dan kenyataan daripada PMO salah.

Ini menunjukkan bahawa Muhyiddin dan Takiyuddin telah mengelirukan Parlimen dengan mendakwa bahawa enam Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai, tambahnya.

Katanya lagi, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun turut melakukan kesilapan dalam menolak usul untuk membahas dan membatalkan Perisytiharan Darurat dan Ordinan Darurat.

“Muhyiddin dan Takiyuddin harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Parlimen. Azhar juga harus meletakkan jawatan sebagai Speaker kerana jelas beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat,” kata Lim.

Lim menyifatkan penutupan sementara Parlimen semalam sebagai “tipu muslihat” kerajaan untuk menghalang Dewan Rakyat bersidang dan menghalang kemungkinan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dibuat susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana.

“Semua perkembangan ini berpunca daripada hakikat bahawa kerajaan Muhyiddin tidak memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen sehingga sanggup mempergunakan Parlimen untuk melaksanakan agenda ‘tipu muslihat’ mereka,” katanya.

Beliau berkata, empat hari pertama sidang khas Parlimen “bermula dengan bencana dan berakhir dengan malapetaka”.

Katanya, kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengendalikan wabak Covid-19 dan Pelan Pemulihan Negara adalah suatu “kegagalan” kerana negara tidak mampu beralih dari fasa pertama ke fasa kedua menjelang hujung Jun seperti dirancang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.