`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 14, 2021

Baru 2 hari keluar penjara, banduan dicekup semula curi motosikal

 

Majistret Nik Fadli Nik Azlan memerintahkan hukuman penjara terhadap S Nagendran bermula dari tarikh dia ditangkap pada 10 Julai. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Baru saja dua hari merasai kebebasan, namun seorang bekas banduan dipenjara sekali lagi oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini kerana mencuri sebuah motosikal.

S Nagendran, 39, yang baru dibebaskan dari penjara mengaku bersalah mencuri motosikal milik tukang masak, Soon Tek Chai, 36, di hadapan sebuah kedai kopitiam di Taman Seri Batu Caves, Gombak, Kuala Lumpur.

Dia yang mempunyai 20 rekod jenayah lampau dituduh melakukan kesalahan itu antara 7.10 malam 9 Julai hingga 8.30 pagi 10 Julai lalu, lapor Bernama.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan memerintahkan hukuman penjara terhadap Nagendran bermula dari tarikh dia ditangkap pada 10 Julai.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan tidak melebihi tujuh tahun, dan juga boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Soon mendapati motosikal miliknya yang diletakkan di hadapan kedai tempat dia bekerja sebagai tukang masak hilang, lalu membuat laporan polis.

Berdasarkan hasil siasatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis menahan tertuduh di hadapan sebuah kedai serbaneka.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor tertuduh ditangkap ketika sedang membawa motosikal yang dicuri itu.

Selain itu beliau meminta mahkamah mempertimbangkan bahawa tertuduh telah dipenjara atas melibatkan curi.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Peguam Kebangsaan (YBGK) M Mariappan yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya menanggung keluarga. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.