`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 4, 2021

Buat senjata api tiruan, pekerja kedai perkakasan ditahan

 

Pekerja kedai perkakasan berusia 25 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan ubah suai senjata api tiruan untuk dijual sejak awal tahun ini.

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki dan merampas lima laras “senjata api” selepas menyerbu sebuah stor kedai menjual barangan perkakasan di Jalan Permatang Pauh di sini semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan bersama tiga laras raifal tiruan menyerupai HK416 dan dua raifal tiruan menyerupai M16 yang telah diubah suai daripada alat “gel blaster” untuk dijual.

Katanya, lelaki yang bekerja di kedai menjual perkakasan itu dipercayai menjalankan kegiatan ubah suai barang berkenaan untuk dijual sejak awal tahun ini, dan mendakwa tidak tahu bahawa perbuatan itu adalah satu kesalahan.

Menurutnya, difahamkan ada kemungkinan lelaki itu telah menjual lebih 10 laras senjata berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.