`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 10, 2021

Budaya bengis, kejam, zalim, tiada hati perut.

 Kita masih merasa jijik membaca berita, melihat gambar dan video orang yang pegang kuasa membuli dan memusnahkan pokok durian  yang telah diusahakan orang biasa sejak berpuluh tahun.  Pokok durian yang lebat dengan buah ditumbangkan di depan mata pekebun yang menangis hasil usaha dan duitnya sejak berpuluh tahun semuanya rugi. Beratus batang pokok durian yang mengambil masa enam atau tujuh tahun untuk membesar dan untuk berbuah ditumbangkan dalam beberapa minit sahaja dengan menggunakan gergaji motor.  



Hooray. Allahu Akbar. Bergembiralah kita.

Dan orang yang pegang kuasa itu rasa amat bangga dan seronok mereka dapat menggunakan kuasa untuk mengatasi orang yang tidak mempunyai kuasa. Mereka merasa bangga dan seronok bahawa mereka berjaya membinasakan beratus pokok hijau, yang juga menjadi khazanah kehijauan negara kita.  Pokok itu adalah ciptaan Allah swt yang  terlalu cantik dan indah.  

Tetapi budaya mereka tidak mempedulikan usahanya, hasilnya, indah kebun-nya atau hijau pokok-nya. Budaya bengis, kejam, zalim, tiada hati perut.

Dan semalam satu lagi berita yang kejam, bengis dan sungguh zalim menggangu kesederhanaan dan ketenteraman kita - berita dan gambar se-ekor anjing dibunuh dengan begitu kejam ditikam oleh beberapa lelaki dewasa dengan menggunakan besi tajam.




Anjing adalah ciptaan Allah swt.  Kelebihan semua haiwan, termasuk anjing ialah haiwan tidak boleh berdosa. Haiwan tidak boleh memikul beban dosa.  Tiada agama yang mengajar bahawa haiwan dan anjing akan dibakar dalam api atau akan dimasukkan taman-taman jannah. 

Dan semua haiwan, termasuk anjing adalah umat seperti manusia.


Surah 6:38


Surah 6:38  "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. .."

Juga Surah 45:4  "Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang meyakininya."

(Surah 45:4) Also in your creation, and the creation of all the animals, there are proofs for people who are certain.

Maka haiwan adalah umat-umat seperti kita manusia juga.  Ciptaan haiwan dan binatang adalah tanda-tanda kebesaran Allah swt. 

Boleh-ke kita merasa seronok untuk membunuh ciptaan Allah swt? Boleh-ke kita berseronok untuk membunuh manusia? Macam mana pula dengan membunuh haiwan? Boleh berseronok ke?  

Jadi dari mana datangnya budaya bengis, kejam, zalim dan tiada hati perut ini? Where does it come from? Yang suka membunuh, membinasakan, menculik, meletupkan, merosakkan, menghalang, menipu, mencuri, menzalimi bukan saja manusia tetapi haiwan dan pokok-pokok sekali? 

Daripada tradisi-ke, agama-ke, kedewaan-ke, kejiwaan-ke, saikoloji-ke, DNA-ke?  Where does it come from? Setiap batang sungai mesti ada punca mata-airnya. Begitu juga segala adab dan tingkah laku manusia mesti ada sebab penyebabnya.

Apakah semua orang lain pun tingkah laku mereka adalah sama? Mereka tanam pokok atau mereka menebang pokok? Mereka bela anjing atau mereka bunuh anjing?  Ataupun apakah fe'el ini lebih khusus kepada kita saja?    

Apakah kita berbangga : Kami lah masyarakat yang bunuh anjing.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.