`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 29, 2021

CAC Andalas dipindah ke Pelabuhan Klang, mula beroperasi Jumaat

 

Media sebelum ini melaporkan pembukaan CAC di Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas yang beroperasi 12 Julai lepas mendapat bantahan daripada penduduk setempat yang menyifatkan ia tidak sesuai kerana berhampiran rumah penduduk. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Pengoperasian Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) daerah Klang di Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas akan berakhir hari ini dan berpindah ke Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang pada Jumaat ini.

Kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang memaklumkan pengoperasian CAC di Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas akan ditamatkan pada 12 tengah hari manakala operasi di lokasi baharu bermula pada 8.30 pagi 30 Julai.

“Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang ini dipilih sebagai lokasi baharu CAC daerah Klang berdasarkan kedudukannya yang jauh dari kawasan penempatan. Ini sekali gus akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan urusan petugas dan pesakit yang mengunjungi CAC ini,” menurut kenyataan PKD Klang semalam.

PKD itu juga merakamkan penghargaan kepada penduduk setempat dan agensi kerajaan serta bukan kerajaan yang telah memberikan kerjasama dan bantuan semasa pengoperasian CAC di Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas sebelum ini.

Media sebelum ini melaporkan pembukaan CAC di Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas yang beroperasi 12 Julai lepas mendapat bantahan daripada penduduk setempat yang menyifatkan ia tidak sesuai kerana berhampiran rumah penduduk serta berdekatan dengan laluan utama keluar masuk ke taman itu.

Pada 13 Julai lepas, Pengarah Kesihatan Selangor Dr Sha’ari Ngadiman berkata CAC daerah Klang akan dipindahkan dalam tempoh dua minggu dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sudah mengenal pasti lokasi sesuai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.