`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 29, 2021

Derhaka kepada Agong, Pemuda Umno desak Muhyiddin letak jawatan segera

 

PETALING JAYA: Pemuda Umno mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan kerana jelas melanggar sumpah untuk sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pemuda turut mendesak supaya Ahli Parlimen Umno menzahirkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

“Bagi Pemuda Umno, tindakan kerajaan ini jelas merupakan satu bentuk penderhakaan kerana membelakangi titah Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat, walhal ia belum lagi diperkenan baginda.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Agong menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

“Kenyataan Media Istana Negara juga mendedahkan bahawa kerajaan dengan sengaja ingkar dan melanggar titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang jelas mahu cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan (pengundian) sejajar dengan maksud Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan,” kata Asyraf lagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.