`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 2, 2021

Disangka haiwan perosak, lelaki cedera ditembak jiran

 

Ketua Polis Daerah Baling Shamsudin Mamat, berkata suspek berusia 65 tahun tertembak mangsa menggunakan senapang patah. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera di kedua-dua kakinya selepas ditembak jiran menggunakan senapang patah, kerana disangka haiwan perosak tanaman.

Kejadian berlaku jam 7.30 pagi semalam ketika mangsa, Muhamad Syukri Ahmad, 32, memikat burung di atas pokok getah di belakang rumah di Kampung Ulu Tawar, Baling, Kedah.

Sepupunya, Fadir Yahya, 60, dipetik Berita Harian berkata abang mangsa terdengar tembakan dan jeritan lelaki itu yang ketika itu berada atas pokok.

Katanya, abang mangsa kemudian bergegas memeriksa dan mendapati adiknya masih di atas pokok dalam keadaan tidak bermaya, dengan kedua-dua kaki cedera ditembak.

“Abangnya membawa turun mangsa ke bawah,” katanya.

Difahamkan, individu yang menembak mangsa kemudian membawanya ke Klinik Kesihatan Malau, untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menahan suspek berusia 65 tahun, semalam, yang disyaki tertembak mangsa, tetapi dia dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil.

“Namun kita merampas selaras senapang patah milik suspek untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati, suspek disyaki melepaskan tembakan kerana menyangka mangsa adalah haiwan perosak tanaman di situ,” katanya.

Shamsudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 37, Akta Senjata 1960. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.