`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 27, 2021

Ibu pejabat PLUS jadi PPV, suntik 2,000 vaksin sehari

 

PLUS berbangga dapat memainkan peranan dalam membantu negara menyegerakan usaha meningkatkan jumlah imunisasi penduduk.

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjadi ibu pejabat lebuh raya pertama dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bersepadu bagi memberikan suntikan vaksin kepada 2,000 orang sehari.

Dalam satu kenyataan hari ini syarikat itu berkata langkah berkenaan dijayakan hasil kerjasama dengan rakan penasihat perubatan, Primer Cherang bersama dengan Protech Health, pelaksana pengamal perubatan swasta dan penyertaan agensi penjagaan kesihatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurutnya Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) memilih ibu pejabat Persada PLUS sebagai salah satu daripada 14 venue imunisasi awam bagi mempercepatkan pemberian vaksin menerusi kapasiti lonjakan operasi dalam usaha memastikan semua orang dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos dan membantu melandaikan lengkuk jangkitan.

Pengarah Urusan PLUS Azman Ismail berkata mereka bangga dapat memainkan peranan dalam membantu negara menyegerakan usaha meningkatkan jumlah imunisasi penduduk.

“Lebih pantas kita capai sasaran untuk membolehkan kita masuk ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), lebih cepat ekonomi dapat diperbaiki, perniagaan boleh pulih,” kata beliau yang dipetik kenyataan itu.

PLUS berkata pihaknya akan akan menghimpunkan sukarelawan yang terdiri daripada 150 petugas kesihatan dari Primer Cherang dan ProtectHealth, dalam usaha membantu mevaksin seramai mungkin rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat pemberian vaksin Persada PLUS, orang ramai boleh melawat laman web www.plus.com.my dan laman media sosial PLUS Malaysia menerusi Facebook, Instagram, Twitterdan LinkedIn. [ FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.