`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 3, 2021

Kadar gaji minimum tidak berlaku ketika PKP, kata Najib

 

Najib mempersoalkan mengapa kerajaan memaksa majikan untuk melanggar kadar gaji minimum dengan hanya membayar 60% nilai kontrak ketika tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, kadar minimum gaji yang ditetapkan kerajaan sepertinya tidak berlaku ketika tempoh perintah kawalan pergerakan 3.0 (PKP).

Ia susulan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan dalam garis panduan perintah kawalan pergerakannya (PKP) bahawa pengoperasian kerja pembersihan di sekolah harus dikurangkan kapasiti 60%.

Oleh itu, semua kontraktor hanya dibayar untuk pelaksanaan tugas untuk 60% sahaja.

Mengulas lanjut, Najib berkata setelah pemotongan gaji itu berlaku ia secara tidak langsung menjadikan jumlah gaji mereka berada di bawah kadar minimum yang ditetapkan iaitu RM1,200 sebulan di wilayah bandar utama dan RM1,100 di luar bandar.

“Gaji bulanan ‘cleaner’ sekolah sekitar RM1,000-RM1,200, majikan pun potong gaji ‘cleaner’ sebanyak 40% untuk elak buang pekerja.

“Gaji ‘cleaner’ sekolah tinggal RM500-RM700 sebulan selepas dipotong gaji dan KWSP/PERKESO. Satu keluarga nak makan apa?” katanya di Facebook.

Mengenai isu kerajaan mewajibkan majikan membayar gaji pekerja walaupun tidak beroperasi ketika tempoh PKP, beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh membenarkan pihak majikan melanggar kadar gaji minimum.

“Kenapa pula kerajaan memaksa majikan untuk langgar gaji minimum dengan hanya bayar 60% nilai kontrak masa PKP?” soalnya.

Terdahulu, media melaporkan, keputusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu membuka ruang kepada kontraktor memotong gaji pekerja sebanyak 40%.

Untuk rekod, pelaksanaan ini bakal menjejaskan pendapatan sekitar 50,000 pekerja pembersihan sekolah yang rata-ratanya berpendapatan gaji pokok sebanyak RM1,100 atau RM1,200. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.