`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 6, 2021

Kenapa Tidak Buat "Ikan Royal Penang" Untuk Merampas Bot Dan Ikan Rohingya ?

 https://www.msn.com/en-my/news/berita/penduduk-resah-etnik-rohingya-kian-ramai-di-gertak-sanggul/ar-AALNhP9?ocid=msedgdhp&pc=U531



  • Peningkatan Rohingya di Gertak Sanggul bimbang warga tempatan 
  • senario bermula lebih 10 tahun lalu dengan 5 keluarga Rohingya
  • jumlah Rohingya kini mencecah 800 orang
  • jumlah Rohingya kian ramai 
  • mempunyai 'penghulu' sendiri
  • Gertak Sanggul diberi jolokan 'Bukit Malut kedua' 
  • (Bukit Malut di Langkawi kawasan Rohingya)
  • Penduduk resah etnik Rohingya kian ramai di Gertak Sanggul
  • menyewa pangsapuri atau rumah 

    • mengabaikan kebersihan kawasan pantai
    • Sampah sarap cemari pantai nelayan Rohingya daratkan ikan 
    • timbul pelbagai isu, termasuk melanggar batas agama
    • kebanyakan mereka bekerja nelayan tanpa permit 
    • bilangan sampan mencecah 60 buah 
    • susunan bot yang tidak teratur
    • selain perbezaan budaya, timbul isu melanggar batas agama
    • lelaki dan perempuan bujang tinggal bersama di sebuah rumah
    • paling menakutkan mereka terbabit dadah
    • laksanakan korban, akikah sesama mereka 
    • tidak bergaul dengan kariah setempat
    kariah masjid dua kali bantah kepada pihak berwajib
    timbul persoalan, bagaimana mereka dapat MyKad dan sijil kelahiran? 

    My comments :

    Mereka dapat MyKad dan Sijil Kelahiran? 
    Mereka kerja nelayan tanpa permit? 
    Mereka mempunyai 'penghulu' sendiri? 

    I say Tuan-Tuan, kenapa tak lantik Rohingya menjadi Perdana Menteri saja? 

    Sekali lagi saya melihat politik kotor sedang dimainkan. Pulau Pinang diperintah Cina DAP. Penduduk Cina pun ramai di Pulau Pinang. Jadi Rohingya dibenarkan bermaharajalela untuk 'kacau' sikit  politik tempatan. 

    Dakwaan MyKad itu (jika ada kebenarannya) jelas sekali untuk 'mencairkan' undi Cina di Pulau Pinang.  This is a political game. 

    Serupa 'perkampongan Rohingya' dulu di Pekan, yang dipercayai penghuninya mempunyai MyKad dan mereka di 'galak' mengundi puak Kleptokrat. 

    Pendek kata Rohingya sudah ada cukup duit membeli lebih 60 bot nelayan, siap dengan enjin, jala dan pukat untuk menangkap ikan. 

    Mereka didakwa mempunyai MyKad dan Sijil Kelahiran. 

    Dengan tanpa perlu kepada permit nelayan, mereka sudah 'take over' industri perikanan di Gertak Sanggul. 

    Ini sudah jadi satu lagi kes 'tutup mata sebelah'. 

    Bukan saja mereka mampu beli bot tetapi Rohingya mampu sewa pangsapuri dan rumah dan mereka juga mempunyai penghulu mereka sendiri. Wow!  Mereka juga tidak bayar cukai atau income tax.

    Melayu pula tunggu BR1M, Prihatin, I-Citra dan entah apa lagi.

    Kalau tak sedih sebenarnya ini kisah lucu.  

    Ini bukan kisah Rohingya. Ini adalah kisah orang Melayu yang kaya dan berpengaruh permainkan orang Melayu.

    Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.