`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 4, 2021

‘Kurung rakyat’ sudah tak relevan, kata TMJ

 

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Johor Hasni Mohamad, Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Azmi Rohani. (Gambar Facebook TMJ).

PETALING JAYA: Kerajaan negeri patut mempercepat pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan wabak Covid-19 yang kini dalam keadaan yang kritikal, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana sehingga kini, statistik Covid-19 masih menunjukan jumlah kes harian yang tinggi.

“Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

“Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk.

“Di samping itu, masalah sosioekonomi juga tertimbul akibat situasi ini yang berpanjangan.”

Terdahulu beliau mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Johor Hasni Mohamad bersama Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Azmi Rohani.

Tunku Ismail berkata, prosedur operasi standard (SOP) patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih.

“Penggunaan ‘rapid test kit’ dan test kit peribadi juga perlu diperkenalkan secepat mungkin untuk semua orang dan digunakan secara meluas, khususnya untuk sektor-sektor yang penting selain daripada para barisan hadapan, khususnya sektor kritikal yang melibatkan pemprosesan ubatan, bahan makanan dan barang keperluan asas,” katanya.

Beliau berkata selain itu, rakyat juga patut disaring secara meluas dan divaksinasi secepat mungkin.

Tunku Ismail berkata, beliau telah menitahkan supaya proses vaksinasi untuk rakyat Johor dipercepat melalui pelbagai inisiatif, termasuk perolehan vaksin oleh kerajaan negeri secara pembelian terus. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.