`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 24, 2021

Lucu, kata Tengku Zafrul kononnya beliau order nasi ganja guna helikopter

 

GAMBAR yang dimuat naik dalam Facebook Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi menafikan beliau membuat pesanan nasi ganja dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh, Perak menggunakan penghantaran helikopter.
Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan dakwaan kononnya beliau membuat pesanan nasi ganja dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh, Perak menggunakan penghantaran helikopter, sebagai sesuatu yang lucu.

Beliau berkata, ada pihak yang menyalahgunakan gambar lamanya sedang makan nasi vanggey pada Disember 2020 untuk mengaitkannya dengan tindakan tersebut.

Beliau berkata, daripada menggunakan penghantaran helikopter, lebih baik menggunakan perkhidmatan penghantaran sedia ada sekali gus dapat membantu usahawan kecil.

“Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helicopter. Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Dis 2020, tapi crop tarikh.

“Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil,” katanya dalam catatan Facebook beliau malam ini.

Terdahulu, tular gambar kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, Perak dipercayai milik syarikat swasta.

Helikopter yang dinaiki dua lelaki itu dikatakan bertujuan mengambil tempahan nasi kandar dari sebuah restoran popular di bandar raya ini yang dikenali sebagai nasi ganja.

Difahamkan, helikopter itu mendarat untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.