`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 2, 2021

MESTI BACA : 'Sejarah Asas Politik' Oleh Datuk Wan Mohd Shahrir

 "Samada sistem beraja mutlak atau Liberal demokrasi, atau hybrid Raja Berpelembagaan, atau Diktatorship, atau politik Islam, politik tidak memperjuangkan pihak marhein.  Jika ada pun, hanya sekitar 'lip service'."



Yang berikut adalah nukilan tepat dan padat oleh sahabat saya Datuk Wan Mohd Shahrir berkenaan siasah atau politik - diikuti sedikit ulasan saya. (Tulisan biru dalam kurungan adalah nota tambahan saya.)



Datuk Wan Mohd Shahrir


Saya quote dulu kata-kata Aristotle: "Undang-undang dicipta untuk melindungi orang yang berkuasa".



Dan lagi sekali saya quote kata-kata Marx dan Engels : "The history of all hitherto existing societies is the history of class struggles”.




Politik tidak pernah tentang rakyat. Justeru itu, merata2 orang politik di benci. Kononnya Rom mencipta pengasingan kuasa yang jitu dengan wakil rakyat mewakili Plebeian dan boleh meng-veto Patrician, akhirnya sering terjebak dengan Perang Saudara.

Perang saudara sentiasa tercetus bila ahli siasah gagal dalam pencaturan civil mereka. Apabila kuasa2 Raja terlalu kuat dan menindas, ahli siasah mencari jalan keluar - samada berlaku revolusi menghapuskan raja atau berunding dengan raja.

Namun itu bukan bermakna ahli siasah menjadikan kepentingan golongan petani dan beautiful little people sebagai asas rundingan mereka.

Ini kerana ahli siasah juga seperti Raja2, mencukai petani dan kadang2 menindas rakyat kerana mereka juga  adalah Lord, Baron, Duke (kaum atasan, bangsawan, golongan berkuasa) di tanah masing2.




Ini berlaku di England hingga Magna Carta (hampiri Perlembagaan bertulis yang pertama di England) mereka mengurangkan kuasa raja dan memberi kuasa kepada bangsawan. 



Maka wujud Majlis Penasihat Raja yang kenali sebagai Witan (the council of the Anglo-Saxon kings in England).

Witan ini berevolusi dan melahirkan Parliament England. 

Dan Parliament England zaman pertengahan masih bukan menjaga kepentingan petani dan rakyat marhein. 

Ianya menjaga kepentingan Tuan Tanah Feudal  (di Jepun pula dikenali sebagai Daimyo).

Apabila berlaku Revolusi Industri (Industrial Revolution), di mana2 negara maju (maksudnya Eropah dan Amerika) muncul kelas kapitalis. 

  • Tetapi politik masih bukan tentang petani dan buruh. 
  • Politik dan Parlimen sebagai legislative dan executive bertujuan memacu perlumbaan industri.
  • Merangka polisi2 ekonomi utk bersaing, berperang dan menjajah jika perlu. 
  • Tapi tidak pernah tentang petani, buruh dan rakyat marhein.

Tidak dinafikan sesetengah negara menyediakan polisi atau kemudahan kebaikan untuk rakyat tapi itu hanya sekadar dipojokan. Picisan.

Matlamat utama politik adalah masih mewakili kepentingan industri mereka (zaman Revolusi Industry).

  • Politik Malaysia, oleh kerana berteraskan Melayu amat mudah. 
  • Tidak kenal democracy atau kominisme. Fascism atau socialist. 
  • Politik Melayu dari zaman Melaka hanya kenal Raja Mutlak.
  • Seperti juga asas politik, ia juga tidak sebenarnya bertujuan membela petani dan rakyat marhein. 

Dan sebagai fiefdom, politik Nusantara samada siasah perang atau diplomasi berkisar sekitar kepentingan Duli Tuanku dan pembesar istana (Bendahara, Temenggung, Laksamana). 

Hingga British datang membawa semangat penaklukan Rom: Veni, Vidi, Vici (Aku datang. Aku lihat. Aku takluk.)

Kerana tiada entiti politik yang lain kecuali politik berasaskan kedutaan (politi) British berunding dengan Sultan2. 

Dalam rundingan ini Sultan2 tidak pernah mengambil kira kepentingan petani dan rakyat marhein.


  • Sultan2 akan mengambil kira kepentingan dinasti mereka dan tanah jajahan. 
  • Melayu tiada masalah dengan deal ini kerana mereka hanya pengikut. 
  • Dan British tahu itu.


Tidak akan berlaku pemberontakan Melayu jika tidak ada focal point untuk diikuti. 
Individu Melayu tanpa nama, tanpa darjat tak akan mampu melakukannya. 
Sultan dan pembesar, British sudah jaga kepentingan mereka untuk menjarah khazanah dengan token elaun.


  • Dunia berkembang pesat hingga komunis wujud. 
  • Komunis pula mendakwa mereka mewakili golongan tertindas. 
  • Mereka adalah wakil proletariat dan menolak perbezaan kelas.
  • Ini menjadi pesaing kepada Liberal democracy. 

Tetapi sebenarnya komunis yang mendakwa mewakili kelas pekerja juga sebenarnya tidak mempedulikan pihak yang diwakili mereka. 

Masih tentang kepentingan kelas memerintah dalam sistem itu sendiri.

Seperti yang diceritakan oleh Che Guevara, beliau terkejut melihat pembesar Soviet Union (Russia komunis) hidup mewah dan perbezaan kelas ikut ranks.



Pelita Alam  


Samada sistem beraja mutlak atau Liberal demokrasi, atau hybrid Raja Berpelembagaan, atau Diktatorship, atau politik Islam, politik tidak memperjuangkan pihak marhein. Jika ada pun, hanya sekitar 'lip service'.

Melayu kena bebas dari belenggu ini. 

Peganglah kepada ayat dalam Surah Ar Rad (13:11) "sesungguhnya Allah, Dia tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah keadaan mereka sendiri.."



Akhirnya, untuk menutup karangan nelangsa ini 
(
nelangsa: sedih; sengsara, tidak bahagia, menderita) saya quote kata2 penulis novel Black Rain, Masuji Ibuse :

“I wonder why people work so hard to become politicians just in order to do something wrong”  — Masuji Ibuse.


Datuk Wan Mohd Shahrir.

Ahli Bersatu 62.


My comments :  Beberapa hari yang sudah saya telah menerima video berikut. Sila dengar dulu kenyataan YB ini (tahniah diucapkan sekali) 





Daripada nukilan Datuk Wan Mohd Shahrir di atas, apa yang saya membaca ialah perubahan pemikiran bangsa Melayu (at long last) mula mengharungi sungai yang sebenarnya cetek dan tanpa arus. Tetapi masih ada sedikit perasaan takut kerana airnya keruh. Air keruh yang ditakuti ada ular, buaya dan penghuni berbisa yang lain.  Maka bangsa Melayu lebih selesa menduduki 'safe zone' di seberang sini yang mereka telah kenali selama berkurun dan berabad.

Beralih kepada video itu pula, jelas bahawa kedudukan bangsa Melayu di bawah 'safe zone' itu tidak lagi menjamin untuk 'membela nasib mereka'.

Apa yang berlaku ialah satu lagi monopoli gergasi bakal diwujudkan dalam negara kita Malaysia yang sebenarnya adalah 'Monopoly Capital of the World' ataupun 'Ibukota Monopoli Dan Kartel Bagi Seantero Dunia'.  

Apabila wujud begitu banyak monopoli dan oligopoli maksudnya rakyat marhaen tidak ada pilihan atau sangat kurang pilihan sebagai pembeli atau consumer.  Bila rakyat atau consumer tidak mempunyai pilihan yang cukup maka si-penjual monopoli dan oligopoli   boleh letakkan harga dan menjual atau membekal kualiti produk dan perkhidmatan tanpa perlu risau persetujuan pembeli. Sebab pembeli atau consumer tidak mempunyai pilihan atau sangat kurang pilihan. 

Harga kereta dalam negara kita antara yang paling mahal di dunia, terutama sekali bagi kereta impot.  Sebab impot kereta perlukan AP dan cukai impot yang sangat tinggi, dan juga impot kereta adalah oligopoli beberapa syarikat sahaja. 

Dan untuk kekalkan lesen monopoli orang kaya juga, undang-undang negara telah dipinda yang melarang rakyat marhaen daripada membeli dan memasang sendiri 'satellite dish' dan decoder untuk menonton siaran satellite TV secara bebas. 

"offenders would be charged under the Communications and Multimedia (Technical Standards) Regulations 2000 and under Section 239 of the Communications and Multimedia Act.  If convicted, offenders can face a maximum fine of RM100,000, up to two years’ jail or both."

Sesiapa nak tonton satellite TV perlu sewa daripada syarikat gergasi. 

Tuan-tuan cuba fikir ok - undang-undang digubal dan dipinda di Parlimen. Parlimen maksudnya Ahli Parlimen yang diundi oleh Tuan-Tuan. Depa kena angkat tangan untuk setuju. Para Menteri yang juga Ahli Parlimen kena angkat tangan untuk setuju. Perdana Menteri pun kena angkat tangan. Mereka telah gubal undang-undang untuk kekalkan monopoli satellite TV sekali.  Depa semua sudah angkat tangan di Parlimen untuk letakkan denda RM100,000 !! Penjara DUA tahun!! Just because you want to watch a movie??  Nauzubillah!!

Dalam zaman 'politik duit besar' dalam negara kita, bangsa Melayu telah dibuai dan dikaburi mata dengan janji-janji murah seperti 'membela nasib bangsa', 'ketuanan Melayu' dan serupanya oleh pelbagai jenis dan spesies ahli politik yang berpura-pura menjadi wira jaguh mereka. 

Tuan-Tuan betul-lah apa yang disebut Wan Shahrir :

"bukan bermakna ahli siasah menjadikan kepentingan golongan petani dan beautiful little people sebagai asas rundingan mereka".

Jadi because of all this, sejak 50 tahun yang lalu, sudah wujud perbezaan yang sangat ketara antara golongan atasan dan golongan bawahan Melayu. 

Saya rasa dari dulu sampai sekarang peratusan (%) golongan bawahan Melayu ini tiada penambahan mendadak dalam bilangan mereka. Dari dulu lagi ramai orang Melayu berada pada status, tahap dan tangga ekonomi dan sosial yang dhaif. That has not changed much. 

Tetapi golongan bawahan Melayu ini sekarang sudah mempunyai identiti yang sedikit lebih berlainan daripada golongan atasan. Let me explain. Pertama sekali, keadaan dhaif mereka dilunakkan dan di-camouflage dengan diberi jenama 'rakyat marhaen'.  Oleh kerana saya faham pelat bahasa kurang ajar dari utara saya kenali juga panggilan 'rakyat haprak'. 

Dalam bahasa Che Guevara mungkin disebut 'proletariat'. Dalam bahasa Perancis abad ke-18 mungkin disebut 'hoi polloi'.  Whatever you call them, a cangkul is a cangkul. Golongan yang terpinggir. 

Jumlah "golongan atasan" orang Melayu pun seperti dulu juga, ia itu sangat sedikit peratusannya (%) berbanding overall population. (Contohnya orang kaya yang 'cap duit' pegang AP mungkin tak sampai dua atau tiga ribu orang sahaja. Bukan puluhan ribu atau beratusan ribu.)

Tetapi apa yang lebih berlainannya sekarang antara golongan bawahan dan golongan atasan Melayu (yang sangat ketara) ialah  jurang yang sangat luas dalam AGIHAN kekayaan dan harta mereka. 

Golongan atasan zaman sekarang sudah boleh mempunyai rumah mewah di London, boleh mempunyai ENAM buah rumah banglo di Bukit Damansara, mampu mempunyai kereta mewah berjuta Ringgit, mampu kahwin bini muda kulit putih, masukkan anak di sekolah overseas, mempunyai kapal, kapal terbang dsbnya. 

Mengikut satu kajian oleh London School of Economics (klik di sini) yang dilaporkan dalam media kita,  pada puratanya gaji CEO di GLC dalam negara kita adalah TIGA RATUS KALI GANDA gaji pekerja gaji minima !! 300 times !! Nauzubillah !!



Itulah golongan atasan dan upper middle class. 

Rakyat marhaen pula kalau boleh cukup duit bayar bulanan kereta dan bayar sewa rumah sudah happy.  Golongan middle class Melayu pula kalau sudah mempunyai rumah di Taman Tun atau Subang Jaya atau Minden Heights (Pulau Pinang) atau Kubang Buaya (Kuantan) kira sudah ok-lah itu.  

Tetapi perkara yang sangat tidak difahami oleh orang Melayu marhaen atau rakyat biasa atau rakyat haprak ialah hampir kesemua daripada harta dan kekayaan yang dipunyai oleh golongan Melayu atasan dalam negara kita (selama berpuluh tahun ini) adalah daripada duit mereka. Ia itu daripada duit rakyat marhaen. 

Mereka kaya atas duit pembayar cukai, duit bayar kompaun Covid, duit bayar lesen, cukai tanah, cukai pintu, cukai impot, cukai eksais, levi pekerja dsbnya yang dikutip oleh Kerajaan dan kemudian di AGIH kepada golongan atasan yang mempunyai kabel yang besar, yang mempunyai pengaruh politik, pengaruh kuasa dan banyak lagi jenis pengaruh -  yang membuka peluang kepada mereka untuk kemut projek-projek gergasi Kerajaan, kontrak mewah oleh Kerajaan, lesen-lesen monopoli dsbnya.

Maksudnya sumber kekayaan golongan atasan Melayu ini "tidak dalam". Their pockets are not deep.  Sebab sumber kekayaan mereka lazimnya (almost 100%) adalah daripada duit rakyat.  

Itulah saya sebut tadi bahawa sungai yang orang Melayu marhaen sangat takut mengharunginya sebenarnya adalah sungai yang sangat cetek. Dan tanpa arus pun.  Kenapa Tuan-Tuan takut? It is your money. 

Cuba fikirlah - bolehkah Tuan-Tuan rakyat marhaen memohon lesen 5G? Saya rasa lesen 1G pun Tuan-Tuan jangan mimpilah.

Bolehkah Tuan-Tuan rakyat marhaen mampu kahwin bini muda bangsa kulit putih? I dont think so. Takpelah, kita masih sayang isteri setia yang menjaga kebajikan kita sejak berpuluh tahun sudah. 

Bolehkah Tuan-Tuan rakyat marhaen mampu beli rumah mewah di London? Saya rasa nak bayar instalment housing loan pun ramai makin terdesak. 

My question is WHY? Kenapa orang Melayu marhaen ini tidak mahu bantah harga kereta antara yang paling mahal di dunia? Atau tidak bantah bayar tol tanpa putus? Atau tidak mahu bantah tak boleh pasang satellite TV decoder sendiri? Why? 

Saya ulangi apa yang disebut oleh Wan Shahrir :

  • Melayu tiada masalah dengan deal ini kerana mereka hanya pengikut. 
  • Dan British tahu itu.

Tuan-tuan,  you must cross the river.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.