`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 2, 2021

Pemandu lori ditahan bawa rokok putih, kretek bernilai RM1.9j

 

Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf berkata siasatan awal mendapati semuanya dibawa masuk menerusi jalan laut di Rompin bagi pasaran di Melaka dan Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas rokok putih dan kretek pelbagai jenama dipercayai tanpa cukai yang dianggarkan bernilai lebih RM1.9 juta selepas menahan seorang pemandu lori di Jalan Muadzam Shah-Bukit Ibam, Rompin di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki berusia 36 tahun yang membawa lori jenis ‘bonded’ itu ditahan oleh anggota cawangan risik pasukan itu sekitar 4.15 pagi.

“Ketika pemeriksaan, kita mendapati suspek cuba mengaburi pihak berkuasa dengan meletakan kotak makanan di hadapan kotak besar yang diisi rokok,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, 1,604,000 batang rokok kretek dan 840,000 batang rokok putih dirampas dalam kejadian itu, dengan siasatan awal mendapati semuanya dibawa masuk menerusi jalan laut di Rompin bagi pasaran di Melaka dan Kuala Lumpur.

“Siasatan juga mendapati nombar pendaftaran kenderaan tersebut palsu dan suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Dalam kes berasingan, katanya, seorang lagi pemandu lori ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Jerantut-Temerloh di sini semalam, bersama 47 guni mengandungi rokok pelbagai jenama dipercayai tanpa cukai yang dianggarkan berjumlah RM228,000, pada sekitar 5 petang, semalam.

Katanya, suspek lelaki berusia 40 tahun itu turut mempunyai surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk pergerakan dan siasatan awal mendapati rokok tersebut dipercayai bagi pasaran negeri di Pantai Timur.

Ketulenan surat MITI berkenaan akan disiasat dan suspek turut direman bagi membantu siasatan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.