`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 21, 2021

Prosiding perolehan vaksin Covid-19 disambung, KJ, Zafrul akan disoal

 

PAC akan memanggil Khairy Jamaluddin dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk disoal.

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menyambung semula prosiding berhubung perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya.

Sehubungan itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan dipanggil untuk memberikan penjelasan mereka.

“PAC akan menyambung semula prosiding berhubung perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia pada 27 Julai 2021, dengan memanggil semula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

“Pada 28 Julai pula, PAC akan memanggil Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sebelah pagi,” menurut kenyataan PAC hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.