`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 28, 2021

Sertai jamuan Aidiladha, 24 warga asing didenda RM2,000

 

Media sebelum ini melaporkan, seramai 30 warga asing dan wanita tempatan diserbu polis ketika menikmati jamuan hari raya di Taman Selayang Utama, Batu Caves.

PETALING JAYA: Seramai 24 warga Indonesia masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas berhimpun menghadiri jamuan Aidiladha di sebuah unit rumah kedai di Selayang, minggu lalu.

Mereka dikenakan tindakan itu selepas semua tertuduh berusia 21 hingga 27 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didapati melanggar arahan Ketua Pengarah Kesihatan dengan berkumpul tanpa kebenaran pihak berkuasa di sebuah unit rumah kedai Jalan SU10 Taman Selayang Utama Batu Caves, pada 10 pagi, 20 Julai lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 P.U (A) 293/2021 yang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2021 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 17(1) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, tertuduh memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan, menurut laporan Sinar Harian.

Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkah hukuman setimpal sebagai pengajaran selepas berhimpun beramai-ramai dalam rumah sempit ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Manakala empat lagi tertuduh, iaitu Hakkoni Muib, 32, Asmawi, 22; Mardewi, 36 dan Maskur, 24, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 7 Oktober.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 30 warga asing dan wanita tempatan diserbu polis ketika menikmati jamuan hari raya di Taman Selayang Utama, Batu Caves, kira-kira 10 pagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.