`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 21, 2021

Tiga lori bawa misi bantuan Ebit Lew diarah patah balik

 

(Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tiga lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa kerana tidak mempunyai dokumen kebenaran.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar dipetik Sinar Harian berkata, tiga lori seberat tiga tan membawa barangan muatan bagi misi kemanusiaan pendakwa itu ke pantai timur tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lori terbabit dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.

“Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut,” katanya.

Zaiham berkata, kesemua pemandu akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.

Ditanya jika ada menerima panggilan atau pertanyaan daripada pasukan pendakwah terkenal itu, Zaiham berkata, sehingga jam 5 petang Rabu tiada sesiapa daripada pihak terbabit menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Ebit pada Isnin lalu mengongsikan gambar 10 lori berlepas untuk menghantar bantuan ke seluruh Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.