`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 18, 2021

Majlis perkahwinan dipercayai cetus kluster baharu di Sabah

 

Masidi, yang juga jurucakap Covid-19 Sabah, berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri, kes baharu yang direkodkan semalam ialah sebanyak 2,103 menjadikan jumlah kumulatif 108,933 kes.

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sawit Baiduri dikesan di Lahad Datu semalam dipercayai berpunca daripada majlis perkahwinan yang merekodkan 77 jangkitan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata kes indeks kluster itu adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun yang merupakan bapa pengantin dan disahkan positif Covid-19 pada 11 Ogos di Klinik Kesihatan Tungku selepas didapati mempunyai gejala penyakit tersebut.

“Turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudian mengesan 77 kes positif termasuk 43 kes baharu (17 Ogos).

“Sementara 101 individu didapati negatif saringan pertama. Punca jangkitan masih dalam disiasat namun siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 6 Ogos lepas yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Masidi Manjun.

Masidi, yang juga jurucakap Covid-19 Sabah, berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri, kes baharu yang direkodkan semalam ialah sebanyak 2,103 menjadikan jumlah kumulatif 108,933 kes.

Beliau berkata jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh pula ialah 652 orang menjadikan jumlah kumulatif pulih setakat ini ialah 90,356 orang manakala 5,153 sedang menerima rawatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.