`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 13, 2021

KPDNHEP rampas 31,500kg minyak masak bersubsidi

 

Minyak masak bersubsidi paket 1kg dipindahkan ke dalam bekas industri bukan bersubsidi, menurut KPDNHEP.

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan lapan lelaki warga asing dan merampas 31,500kg minyak masak bersubsidi dalam serbuan di sebuah gudang di Bandar Bukit Beruntung, Selangor.

Serbuan dilakukan pada jam 11.30 pagi dan menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Thailand manakala tujuh lagi adalah warga Myanmar yang berusia antara antara 18 hingga 45 tahun.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, hasil pemeriksaan menemui minyak masak bersubsidi yang disimpan dalam 36 unit tangki fiber dengan nilai keseluruhan RM87,300.

Tambahnya, siasatan juga mendapati minyak masak bersubsidi paket 1kg itu sudah dipindahkan ke dalam bekas industri bukan bersubsidi.

“Kami juga menemui peralatan yang digunakan untuk memindahkan minyak masak ke dalam tangki fiber dan semuanya telah disita untuk dijadikan barang kes,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Beliau turut mendedahkan, sindiket berkenaan telah beroperasi hampir dua bulan dengan mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi daripada beberapa pemborong berlesen di sekitar Lembah Klang.

“Minyak masak bersubsidi kemudian dileraikan dan dikumpulkan dalam tangki fiber berkapasiti 1,000 liter untuk dipasarkan dengan harga bukan subsidi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan minyak masak dalam keadaan menimbulkan syak munasabah. Suspek juga didapati melanggar Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974, iaitu memiliki barang kawalan minyak masak yang melibatkan urusan secara borong atau runcit tanpa lesen sah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.