`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!






 

Sunday, October 31, 2021

Wanita warga asing dikompaun RM3,000 langgar SOP

 

Wanita warga asing itu dikompaun sebanyak RM1,500 bagi setiap kesalahan selepas siasatan kes pelanggaran SOP selesai dijalankan, menurut polis. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka dan mengimbas aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke sebuah butik mewah di ibu negara membawa padah apabila dikompaun sebanyak RM3,000 hari ini.

Ketua Polis Daerah Wang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata, wanita berkenaan dikompaun sebanyak RM1,500 bagi setiap kesalahan selepas siasatan kes pelanggaran SOP selesai dijalankan.

“Pada pagi 31 Okt, tindakan kompaun di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021 dikeluarkan kepada wanita tersebut berjumlah RM3,000 bagi dua kesalahan yang mana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500,” katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa hari lalu, pengguna media sosial menyuarakan kemarahan susulan tindakan seorang pengunjung luar negara yang enggan mengenakan pelitup muka ketika memasuki sebuah butik mewah di KLCC, Kuala Lumpur selepas tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan pergaduhan antara dia dengan pekerja butik berkenaan.

Wanita berkenaan menuduh mereka yang memakai pelitup muka ini merupakan komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih kepada pekerja butik terkenal itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.