`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, October 31, 2021

Remaja dirogol, bunuh, abang ipar ditahan bantu siasatan

 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata punca kematian mangsa disebabkan ‘Asphyxia’ atau lemas.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh adik iparnya berusia 17 tahun, dalam kejadian di sebuah kampung di Pasir Mas, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata penahanan itu dilakukan susulan laporan diterima pihaknya, pada 6.30 petang berhubung kematian remaja perempuan berkenaan.

Katanya, bedah siasat dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu, mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘Asphyxia’ atau lemas.

“Malah, terdapat kesan luka di muka, tengkuk dan kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

“Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dengan kerjasama anggota D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menahan suspek pada 4 petang semalam,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mohd Nasaruddin berkata, pemeriksaan fizikal ke atas suspek yang bekerja sebagai pemotong kelapa sawit mendapati terdapat kesan calar pada bahu kiri belakang, dipercayai dicakar.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 6 November untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.