BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas lebih 14 juta kilogram gandum dari Australia bernilai RM20.5 juta di Pelabuhan Dermaga Air Dalam Butterworth, di sini Sabtu lepas.
Pengarahnya Muhammad Ikram Abd Talib berkata pemeriksaan pada 2.30 petang ke atas sebuah kapal kargo pukal yang membawa semua gandum itu mendapati maklumat pada Permit Import MAQIS yang sah mengenai bijirin itu berbeza dan mengelirukan.
“Berikutan itu MAQIS merampas semua gandum jenis Australian Standard White Wheat dan Australian Premium White Wheat itu untuk siasatan lanjut kerana pengimportan dengan mengemukakan maklumat yang tidak tepat adalah salah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam kenyataan hari ini.Menurut beliau MAQIS mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.
Muhammad Ikram berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.