`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, October 25, 2021

Menteri beri jaminan tetap tarikh jawab isu Kertas Pandora di Parlimen

 

Wan Junaidi memberi jaminan itu menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mahu tahu apakah tindakan akan diambil kerajaan dalam menyelesaikan isu Kertas Pandora. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan bahawa kementeriannya akan menetapkan tarikh kepada Parlimen untuk memberi jawapan berhubung isu Kertas Pandora.

Beliau memberi jaminan itu menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mahu tahu apakah tindakan akan diambil kerajaan dalam menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya bagi jaminan, saya akan jemput semua agensi Yang Berhormat sebut iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain agensi untuk memberi arahan daripada Perdana Menteri supaya penyiasatan dilaksanakan sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

“Kita akan berbincang dan tentukan tarikh menetapkan jawapan kepada pihak Parlimen apabila mendapat keputusan daripada penyiasatan itu nanti,” katanya bagi menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson meminta kerajaan menjelaskan apakah kesediaan kerajaan berikutan pendedahan Kertas Pandora yang melibatkan beberapa anggota pentadbiran dan ahli Dewan Rakyat dalam memastikan kredibiliti pentadbiran negara terpelihara.

Wan Junaidi dalam masa yang sama turut berkata, SPRM kini dalam proses mendapatkan butiran lanjut mengenai isu terbabit.

“SPRM juga mengadakan perbincangan dengan agensi lain termasuk BNM untuk memastikan koordinasi siasatan berjalan lancar.

“Dalam hal ini, kerajaan tidak akan mengganggu pihak berkuasa jika terdapat laporan daripada mana-mana pihak atau individu yang memerlukan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Maslan (BN-Pontian) turut mengajukan cadangan supaya kerajaan turut meminta individu yang terlibat memberi jawapan serta penjelasan di Dewan Rakyat seperti yang dibuat oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kewangan, Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.